Tidak semua orang berpengalaman
merasai saat ketika koma.
Apabila seseorang itu koma, maka boleh dikatakan ia seperti menunggu
untuk menghadap Ilahi. Namun begitu, soal ajal dan maut hanyalah
kententuan dari Allah SWT.
KisahBest.My pada kali ini ingin berkongsi satu cerita yang dipercayai dari majalah Mastika tentang seorang
wanita yang sering mendedahkan aurat. Dalam koma tersebut, dirinya telah diseksa sehingga tidak tertahan rasanya. Semoga
cerita ini dijadikan iktibar untuk kita semua.
|
Sekadar gambar hiasan |
Sebaik mencapai kunci motor, Rozita
Rashid, 32,bergegas menuruni tangan rumahnya yang terletak di tingkat
dua,sebuah apartmen di bandar tasik puteri,rawang selangor.”okey,ayie
jom,kita pergi! ajak rozita kepada salah seorang angah saudaranya rozita
naik ke atas motor kapcainya.enjin di hidupkan.kemudian , si ayie pula naik menbonceng di belakang rozita.
Sejurus masuk gear , minyak di pulas rozita terus memecut motor.destinasinya,mahu singgah di sebuah kedai runcit tidak jauh dari kawsan rumahnya bagi membeli keperluan dapur .lima minit perjalanan ,rozita melalui sebuah jalan besar yang di kiri kanannya adalah butan belukar.
Tiba-tiba…..srreeetttttt dammmm!!! motosikal yang dinaiki rozita melambung ,tubuhnya terpenlanting di bahu jalan.
apa yang berlalu…???tubuh rozita langsung tidak bergerak-gerak setelah terhempas di atas jalan . dia tidak sedarkan diri..!!
Aku di mana.?? rozita tertanya-tanya
sendirian. kawsan itu begitu asing ,suasana kelam,tapi berkabus . rozita
dan belakang. ah ,langsung tiada arah hendak dituju , tiada kelibat
manusia seorang pun! tiada sesiapa. aku di mana..?? cetus rozita
lagi .kenapa tiada sesiapa disini.??mana suami aku.??mana anak-anak
aku.??soalan itu bertubi-tubi menerjah kotak fikiran rozita.
Tiba-tiba dari sebelah kanan dan kiri
rozita , nampak cahaya yang datang menuju ke arah nya . semakin cahaya
itu mendekat ,semakin lebar jalurnya .dan kemudian , daripada cahaya itu
,muncul dua orang lelaki di sebelah kanan dan kiri rozita . di sebelah
kanan,lelaki tua berjubah putih bersih . jangutnya jua putih ,panjang hingga keparas dada.wajah lelaki itu berseri-seri dan bercayaha
.juga berbau wangi, semerbak harum kesturi. kemuadian ,rozita tercium
bau yang busuk ,bagaikan bau bangkai haiwan .rozita menoleh ke sebelah
kiri,arah bau itu datang.
Kelihatan seorang lelaki tua ,juga
berjubah tetapi compang camping . jubahnya amat buruk ,kotor dan koyak
rabak . Wajah lekaki itu juga kotor ,bagaikan terpilit tanah lumpur.
Riak wajahnya nampak bengis dan menakutkan. rozita segera memalingkan
muka ,tidak berani melihat wajah lelaki sebelah kirinya .rozita
tertanya-tanya, siapakah gerangan kedua-dua lelaki yang berdiri di sampingnya .dia tidak kenal mereka .kenapa mereka ada di sini..?
Persekitaran yang tadinya berkabus mulai
kelam .dihadapan rozita ,tiba-tiba muncul satau cahaya terpampang luas
bagaikan sebuah skirn besar di dalam panggung. kemudian ,perlahan-lahan
muncul satu tayangan .kelihatan sebuah fetus di dalam rahim si ibu.
Fetus itu kemudian membesar ,membentuk jalin manusia yang cukup sifat
.selepas itu kelihatan ibu rozita dengan perut yang sarat.menanti hari
untuk melahirkan. akukah didalam perut yang sarat itu..??soal rozita
pada diri sendiri.
“Ya ,itu adalah kau..! tiba-tiba lelaki
berjubah di sebelah kanan rozita menjawap ,bagaikan mendengar soalan
rozita .suaranya begitu kuat ,bergema di teliga. rozita terus memerhati
skrin di hadapannya, tak ubah bagaikan menonton sebuah filem.
Dari dalam perut ,rozita kemudian dilahirkan dia melalui alam
kanak-kanak kemudian peringkat remaja segala liku perjalanan hidup
rozita di tayangkan pada skrin itu.
“Itu adalah kau!” kata lelaki berjubah sebelah kanan rozita apabila
terpampang seorang gadis sunti memakai skirt pendek paras paha dengan
baju bertali halus tidak berlengan ,menampakkan alur dada yang mekar
. kemudian ,satu persatu aksi pakaian rozita ditayangkan .bagaikan
pentunjuk fesyen .ada yang berskirt pendek, seluar pendek, baju sentiasa
tidak berlengan malah acapkali sekadar memaki tube sahaja seksi! memang
seksi! fesyen yang di gayakan rozita harus menampakkan pahanya yang mulus dan alur dada yang mekar terpampang senyuman pada riak wajah rozita
dalam tayangan itu tanda banggadengan kecantikan nya sebagai perempuan
apabila ramai mata lelaki yang melirik tergoda dengan tubuhnya yang
seksi “sungguh kau bangga penampilan begitu .
Tidakkah kau ingat akan
perintah-NYA.??tanya lelaki berjubah putih di sebelah kanan rozita lagi.
belum sempat rozita menjawap ,lelaki compang-camping di sebelah kirinya
pula bersuara ::kau tak perlu takut .kan lebih baik begitu .kau juga
gembira dengan penampilan itu kan .semua mata memandang dan terus
memuji. Seharusnya kau terus begitu .barulah semua orang tak berkelip apabila melihat kau!”
“kau suka begitu..?? tidakkah kau ingat
balasan ALLAH..??”tempik lelaki di sebelah kanan pulak mengingatkan.
Tapi lelaki di sebelah kiri terus mencelah : “ah kau persetankan semua
itu .Yang penting ,kau puas dan gembira dengan apa yang kau lakukan!” rozita bertambah runsing apabila mendengar kedua-dua lelaki di sampingnya bertelagah.
“aku tak mahu dengar !”pekik rozita sambil menekup kedua-dua belah teliganya
Rozita memejam mata nya .tak sanggup dia melihat tayangan di hadapannya itu ya! rozita akui gadis itu adalah dirinya sendiri.
“Cuba kau lihat lagi!”rozita kembali
membuka mata setelah mendengar arahan lelakiberjubah di sebelah kanannya
pada skrin itu kelihatan suami yang di kasihinya merayu-rayu.
“Berubahla ita tutup aurat .abang malu merdosa!” nasihat suaminya dalam tayangan itu ,tetapi rozita buat-buat tak penduli .
Kemudian muncul ketiga-tiga anak yang
disayanginya .anak-anaknya jugak merayu:”mama ,pakailah tudung .malulah
kawan-kawan adik tengok mama macam ni”.
Tapi rozita buat-buat takendah juga dengan rayuan anak-anaknya. selepas itu ,muncul pula seorang wanita tua .rozita kenal dengan wanita itu ,dia salah seorang jiran di kawasan tempat tinggalnya.
Sama seperti suami dan anak-anaknya,wanita itu menasihatinya :”nak
,janganlah pakai seksi macam ni . Tak elok orang pandang. Lagi pun anak
dah bergelar isteri dan ibu ,tak sesuai pakai macam ni!”
Tapi ,bukan ucapan terima kasih yang diberi rozita ,sebaliknya dia melenting memarahi wanita tua itu semula .
“makcik tak payah sibuk pasai saya .kubur kita lain .kubur saya ,biar saya yang jaga!” rozita terkedu apabila melihat semula adegan dalam tayangan di skrin itu .terbit rasa bersalah dan insaf dalam dirinya .hatinya mula sebak,titisan jernih mulai mengalir di pipinya .
“kenapa kau harus sedih..?? kan bagus
macam tu .pedulikan apa mereka nak kata .yang penting kau selesa dengan
apa yang kau pakai .bukan mereka yang beri duit untuk kau beli
pakaian!” lelaki compang-camping di sebelah kiri rozita tiba-tiba
bersuara .
lantas lelaki di sebelah kanan pula
berkata :”kau masih ingin terus begitu.?kalau terus begitu kami tidak
akan beri kau peluang lagi .cukuplah sampai di sini .tak perlu kau
kembali ke dunia lagi tiada keampunan untuk wanita seperti kau!”
tidakkk !tidakkk !…tolongggg !aku mahu berubah .tolong beri aku satu
peluang terakhir .aku masih sayangkan suami dan anak-anak aku .aku
berjanji ,aku akan berubah ,”rayu rozita dalam esak tangisnya pada
lelaki berjubah putih sebelah kanannya.
“buat apa kau dengar kata-katanya .kau
akan terikat dengan segala syarat .itu tak boleh ,ini tak boleh ,kau
tidak akan bebas ,”hasut lelaki berbaju compang camping di sebelah kiri
pula.
“diam !aku tak mahu dengar kata-kata kau lagi !”jerit rozita pada lelaki compang camping itu .
rozita segera terbayangkan wajah suaminya ,terkenang anak-anaknya yang
sedang membesar .tidak sangup rozita meninggalkan mereka .
“ya! aku yang bersalah .aku lupa pada
larangan-MU ya ALLAH tubuhku didedahkan untuk tontonan umum.aku juga
tidak kenalsejadah .tidak pernah sujud kepada-NYA .sering kali suami
mengajaka untuk menjadi imamku tidak endahkan perintahNYA ,”kata rozita
terus menangis.
tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat
,bagai halilintarrozita terkejut .tayangan gambar di hadapan nya gelap
seketika .kemudian ,muncul pula FILEM lain dan kali ini pelakonnya
adalah diri rozita sendiri . dalam tayangan itu ,kelihatan rozita berasa
di sebuah kawasan yang dikelilingi api .tayangan itu turut disertakan
dengan bunyi yang menakutkan.
antara nya bunyi api yang mengganas sedang terbakar dan juga bunyi air
yang mendidih .ia turut disertai bunyi lolongan dan jeritan manusia
,seolah-olah seperti mereka sedang di seksa. rozita nampak dirinya
sedang terbaring dalam tayangan itu ,kemudian ,datang seorang lelaki
bertubuh besar dan berwajah bengis .
Lantas dia mencekak rambut rozita lalu mengheret tubuh kearah sebuah kolam kecik
.rozita menjerit-jerit minta dilepaskan .rasa hendak tercabut kepalanya
apabila di tarik dengan ganas sedemikian rupa . tetapi lelaki itu tidak
penduli .dia kemudian mencampakkan tubuh rozita di tepi kolam panas itu
.rozita ketakutan ,apatah lagi melihat asap berkepul-kepul naik
daripada air kolam yang sedang mendidih itu, lelaki bengis itu kemudian
mencapai timba besar di tepi kolam itu .lantas dia mencedok air yang
mendidih itu dan……
Arghhhhhh!!!!rozita menjerit
.panassss!!!panassss!!! aduhhhhh!!! rozita mengelupur kesakitan apabila
lelaki itu menyiramkan tubuhnya dengan air mendidih tadi bagaikan di
simbah asid, tubuh rozita pelahan-lahan MENCAIR seperti coklat .beberapa
minit kemudian , tubuh rozita ‘tumbuh’ dan bercantun semula.
Sekali lagi lelaki bengis itu mencendok
lalu menyiramkan air panas menggelegak itu ke tubuhnya .rozita
menjerit-jerit lagi menahan kesakitan . tetapi jeritanya tidak di
pedulikan .pelahan-lahan jeritan rozita tenggelam apabila tubuhnya
‘hancur’ dimamah air panas mendidih itu .begitulah seterusnya
,berulang-ulang kali adegan itu disaksikan rozita berterusan tanpa
penhujung.
Menyaksikan rentetan dirinya diseksa bagaikan dialam neraka itu ,tubuh rozita menggigil ketakutan
.air mata rozita tak henti-henti mengalir ,lututnya terasa longlai
hingga rozita terjelepuk bersimpuh ,tidak mampu lagi berdiri.
“Cukuppppp!cukupppp! aku tak mahu tengok
lagi tak mahuuhhh!” jeritrozita sambil menutup mukanya.inilah kali
pertama rozita melihat tayangan yang amat mengerikan tidak sangup dia
menonton seksaan neraka itu ,apatah lagi pelakonnya adalah dirinya
sendiri.
“Itu hanya sedikit seksaan atas dosa yang
kau lakukan .bukankah kau bermegah dengan dengan tubuh mu ..? itulah
yang akan kau terima di sana nanti ,”ucap lelaki berjubah putih itu .
“Tidakkkk! aku merayu ,dengan nama ALLAH
aku berjanji akan berubah .aku sedar selama ini aku telah jauh tersasar
.tolonglah ,”rozita terus merayu dalam tangisannya .
“Berubahlah apabila kau telah di beri
peluang .sujudlah kepada-NYA apabila kau masih diberi peluang kesempatan
.sesungguhnya tiada lagi peluang kedua selepas ini!”
Sebaik lelaki berjubah itu bersuara
,tiba-tiba datang satu kilauan cahaya bagaikan kilat .tubuh rozita di
petir ,mata rozita terpejam semula….
Akhirnya rozita kembali kedunia dan
bertaubat serta sujud kepada nya…alhamdulilah la..rozita telah sedar
perbuatan nya…sekarang rozita seorang pengamal perubatan islam merawat
pesakit yang datang meminta pertolongannya…