Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di
KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam
penerbangan ke Beijing.
Menurut Anwar (kiri), tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.
"Siapa
yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan
dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).
"Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.
"Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.
"Nanti
terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya,
tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.
'Tak tuduh, tapi tanya PM, Rosmah'
Anwar juga sempat mengusik anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim dirujuk kepada perdana menteri dan isterinya.
"Tanyalah pada perdana menteri dan isteri. Saya kata tanya, saya tak buat tuduhan," kata Anwar sambil tersenyum simpul.
Ibrahim
Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan
tentang khidmatnya yang diberi julukan “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP”
kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.
Beliau juga
sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta
pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.
Pada
10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA
menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh
untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat
dijumpai secepat mungkin.
Tampar mati buaya tembaga
Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.
Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.
Seorang
daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua
biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.
Kemunculan kali kedua beliau semalam mengundang pelbagai reaksi daripada personaliti agama, NGO serta menteri.
Berpengalaman
selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian
Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang,
Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
Beliau juga didakwa pernah menampar seekor buaya tembaga sehingga mati. -mimpi-senja
Guablog
Friday, 14 March 2014
Home »
» Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?
Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?
07:30
No comments
Arkib Blog
-
▼
2014
(80)
-
▼
March
(62)
- [EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juru...
- Cara buat permohonan kemasukan ke program Matrikul...
- Gadis Mangsa Tsunami Acheh Ditemui Selepas 7 Tahun
- Permohonan kemasukan program Matrikulasi sesi 2014...
- Ahmad Said Gembira Keputusan SPM Terengganu Meningkat
- [Gambar] Insiden Kemalangan Yang Mengejutkan
- Radar Tentera Thailand Juga Sahkan MH370 Buat Lenc...
- Perompak Jadi Bahan Lawak Dalam Internet
- Rahsia Cara Untuk Menjimatkan Minyak Kereta Terbon...
- Raja Bomoh Sedunia Teropong Lagi Di Perak
- GEMPAR: Kenapa Fariq Ucap Selamat Malam, Bukannya ...
- TERKINI: Imej Pesawat Di Lautan Didakwa MH370
- Bahasa Ko-Pilot Mendedahkan Dia Sedang Mengawal & ...
- Bukti Bomoh 1 Malaysia penyokong kuat Pakatan Rakyat!
- AWAS! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas
- Pesawat MH370 Kini Mungkin di Kazakhstan
- BONGKAR: Mengapa Kereta Proton Lebih Murah Di Luar...
- Kisah Wanita Diseksa Ketika Dalam Koma
- 9 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya
- 4 Tanda Hidup Tak Berkat
- Video Dan Penerangan Penuh Kapten Norudin Abdul Ma...
- Pesanan Ibu Imam Syafie Yang Menyentuh Kalbu ...
- [VIDEO] Raja Bomoh: Khairy ni gila, saya tampar ba...
- MH370: Satelit AS Tidak Kesan Letupan Di Udara
- Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?
- BONGKAR: Hanya kotak hitam mampu rungkai misteri M...
- Aaron Aziz Tak Percaya Spekulasi MH370
- 5 Perkara Yang Merosakkan Wanita
- PANAS!!! 9 Teori Misteri Kehilangan Pesawat #MH370???
- Filem Noah Diharamkan: Pamer Fizikal Nabi Nuh (AS)
- Emosi Keluarga Penumpang MH370 Stabil
- KPN: Polis Siasat Empat Kemungkinan Berlaku Ke Ata...
- Pengalaman Zarul Umbrella Menjadi Pramugara MAS
- TERKINI: Pengurusan Masjid Digalak Adakan Solat Ha...
- Pengurusan Masjid Digalak Adakan Solat Hajat Mohon...
- VIDEO: Mesej Audio Dari Menara Kawalan Beijing Kep...
- KDN Buat Siasatan Dalaman Kes Pasport Palsu
- Bapak Sial Cucuh Anu Anak Dengan Bara Rokok
- Ketahui Warna Kesukaan Rasulullah SAW
- Gambar Dan Video Ular Makan Buaya Di Australia
- Ozil Pemain Real Madrid Akui Al-Quran Kuatkan Dirinya
- Bagaimana Orang Jepun Boleh Bejaya
- Gambar Masjid Rata Sumatera Barat Yang Menakjubkan
- 12 Gambar Hantu Terbaik Di Malaysia
- Seram! Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina...
- Seram! Pengalaman Bertemu Lembaga Hodoh Di Wad Hos...
- Kemalangan Kali Ke-3, Ainan Tasneem Bengang Disuru...
- Ngeri: Gambar Perogol Disiksa Dan Dibakar!
- Ngeri!! Lelaki Maut Tertembak Kepala Sendiri
- Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga
- Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati
- [Gambar] Subhanallah, Janin Bersujud
- Subhanallah! Lelaki Peluk Islam Setelah Melihat Ke...
- 14 Tips Mencari Isteri Cantik
- Kisah Seorang Ahli Ibadah Terpesona Dengan Kecanti...
- [Video] Burung Pelican Belajar Bagaimana Cara Untu...
- 'Sultan Melaka' Tweet Lawak Bodoh
- Ustaz Azhar Idrus Dakwa Pemberian BR1M Tidak Setimpal
- KURA-KURA TEWASKAN ARNAB DALAM PERTANDINGAN SKI
- Sebab Kenapa Ada Penerima Br1m Masih Belum Menerim...
- ROMANTIK: Aeril & Wawa Sambut Ulangtahun Perkahwin...
- Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia di Segitiga Bermuda
-
▼
March
(62)
0 comments:
Post a Comment