Bandaraya Tokyo pada waktu malam |
Kebanyakan setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini sama sahaja
mengikut ciptaan Allah S.W.T. Namun hasil usaha dan sikap manusia
tersebut yang membezakan manusia tersebut selepas itu. Ada orang yang
ingin berjaya,mereka berusaha.Akhirnya mereka berjayaa. Namun ada juga
yang ingin berjaya tetapi malas berusaha. Kata orang macam " angan-angan Mat Jenin" . Tak salah berangan-angan tetapi kena berpada dengan usaha yang dicurahkan. Hari ini saya nak berkongsi sedikit panduan bagaimana orang jepun boleh jadi hebat. Semoga dengan perkongsian panduan ini, kita pun boleh jadi hebat juga. Tetapi sehebat mana kita, Allah S.W.T lagi hebat dari segalanya.
Bagaimana Orang Jepun Boleh Jadi Hebat:-
1. Di Jepun salah satu mata pelajaran yang diajar pada awal sekolah
rendah sehingga darjah enam ialah matapelajaran yang dinamakan “Jalan Ke arah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan,
kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan
peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.- yang ini saya kurang pasti.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.-
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larang menggunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.
9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pinggan.
10. Kadar kelewatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
Kereta api laju jepun |
Walaupun zaman dahulunya orang jepun terlalu 'kejam' terhadap dunia
khasnya orang Melayu, walaupun bangsa mereka sudah hampir pupus selepas
dibom oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki,tetapi apa yang boleh
dibanggakan dengan Jepun sekarang, mereka sudah banyak mendahului dunia
khasnya Malaysia.
Ciri-ciri masyarakat Jepun.
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan
rajin. Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun,
sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris
(1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680
jam/tahun).
Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari,
sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta
yang bernilai sama.
2. MALU
Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri
dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai
iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.
Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan
diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat
masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.
3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti
konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal
kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada
sekitar jam 19:30.
Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun
akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar
setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun
rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)
4. KESETIAAN
Kesetiaan dalam sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi.
Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang
Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua
perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari industri di Jepun
yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka
latih dan didik sendiri.
5. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan
pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh dalam pertandingan bola sepak dunia,
Jepun vs Paraguay. Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir.
Lastly, nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti.
6. BUDAYA MEMBACA
Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha
(keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak
mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli
duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk
membaca.
7. KERJASAMA BERKELOMPOK
Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu
bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil
pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja
dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang
Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah
ritual dalam kelompok. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam
“rin-gi”.
8.JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun
kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah
untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini.
Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun. Kalau suatu
hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki, jangan
terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu.
Sampai ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak”
apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati
dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi
orang Jepun.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk kita agar lebih berjaya lagi.
Sumber: ohpanduan
0 comments:
Post a Comment