"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.
Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.
Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.
Sebaliknya,
jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita
akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.
Sebaliknya
juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan
"Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka
masam dan panas, benci dan geram.
Dalam
konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas
disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi
yang bagaimana ianya diucapkan.
Juruterbang
dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang
berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan
tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran
separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.
Jika
anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang
bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat
di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin
boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu
yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.
Kita
harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau
kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau
bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga
ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam
dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah
mentaliti atau psikologi.
Kembali
kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah
"Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am
adalah waktu pagi bukan?
Jika
benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru,
ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya.
Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak
dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.
Dalam
konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang
kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih
perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan
enjoy the flight.
Jika
anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana
syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang
pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines,
Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang
luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan
dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun
rakaman yang begitu ringkas dan pendek!
Oleh
itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang
diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam
keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.
Perbualan
terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan
lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.
Jika
ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang
ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5
saat!
Ini juga
bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain
dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu!
ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS
bukan.
Daripada
aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas
menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan,
tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.
Maksud
saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu
kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang
berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia
memerlukan bantuan segera.
Nota :
"Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek
intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu
dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika
berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih
tepat". Wallahu'alam.
Sumber: gigitankerengga
0 comments:
Post a Comment