Ampang – Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan
termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat
deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di
Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera
bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut
merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan
kepada pihak berkuasa.
Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang
jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5
petang kelmarin.
Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa
ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit
kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.
“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan
mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak
setahun lalu. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment