Dalam menghadapi insiden kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini
masih tidak ditemui, pastinya emosi ahli keluarga serta waris penumpang
yang paling menerima kesannya disebabkan kejadian malang tersebut.
Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun
menyediakan sejumlah besar kaunselor terlatih untuk memberikan sokongan
moral kepada mereka yang terlibat.
Setakat ini, emosi yang ditunjukkan ahli keluarga yang terlibat
menunjukkan perkembangan positif dan stabil berbanding hari pertama
kehilangan pesawat yang dipandu Kapten Zaharie Mohd Shah itu.
Menurut Pengerusi Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT), Prof. Dr. Abd Halim Mohd Hussin yang dipetik akhbar tempatan, “mereka kini lebih tenang dan semakin positif dengan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku”.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227
penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41
tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30
pagi Sabtu. -mynewshub
0 comments:
Post a Comment