Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan
filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan
alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul
dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan
universiti itu.
Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.
Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.
Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.
BABAK-babak dalam filem Noah. |
Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain
atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut
mengharamkannya.
“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.
“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.
Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.
Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.
Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.
Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.
Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.- harian metro
0 comments:
Post a Comment