Pelbagai usaha untuk
menjadikan anak yang bakal dilahirkan seorang insan yang cerdas sejak
dalam kandungan lagi. justeru itu pelbagai cara yang akan dilakukan oleh
seorang ibu yang sedang mengandung buah hati kesayangannya. Menurut
kajian Barat, salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan anak sejak
dalam kandungan adalah dengan memperdengarkan muzik classic seperti
muzik Mozart kepada janin yang sedang berada di dalam perut ibu.
Lalu bagaimanakan pandangan islam dalam menyikap hal tersebut?
Dalam agama islam, bayi
adalah makhluk ciptaan Allah yang masih suci. Mengenai hal ini, tentunya
bacaan Al-Quran adalah sebaik-baik bunyi yang harus diperdengarkan oleh
janin. Sehingga, Habib Munzir pun menyarankan isteri yang sedang hamil
lebih baik banyak membaca Al-Quran untuk membawa kemuliaan di dalam
rahim. Utamakanlah membaca surah Muhammad, dengan harapan agar
mendapatkan rahmat Allah sebagaimana lahirnya Nabi Muhammad saw ke muka
bumi ini dengan membawa segala rahmat-Nya.
Saranan habib Munzir
tersebut disokong oleh hasil eksperimen beberapa doktor. Ketika seorang
ibu hamil sedang melakukan ultrasound, maka dibacakanlah surah
Al-fatihah dan Al-Baqarah. Apa yang terjadi? Subhanallah, janin tersebut
terdiam dan mengambil posisi seperti sedang bersujud seolah-olah dia
kenal dengan ayat-ayat yang sedang dibacakan.
Di samping itu, Dr.
Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil kajian mengenai pengaruh
bacaan Al-Quran terhadap peningkatan IQ bayi yang baru lahir. Dalam
seminar kaunseling dan psikoterapi islam sekitar lapan tahun yang lalu,
bayi yang baru berusia 48 jam saja akan terus memperlihatkan reaksi
wajah ceria dan sikap yang lebih tenang.
Untuk itu, kepada
ibu-ibu yang sedang mengandung buah hatinya perbanyaklah membaca
Al-Quran. Kerana, jika Al-Quran diperdengarkan secara tepat dan benar
(tajwid dan makhrajnya) maka Al-Quran mampu merangsang saraf-saraf otak
pada si kecil. Wallahu'alam
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Sumber yang Kami ambil: detikislam.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment