Guablog

Saturday, 8 March 2014

Kemalangan Kali Ke-3, Ainan Tasneem Bengang Disuruh Mandi Bunga


  Penyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Ainan Tasneem Kemalangan Jalan Raya (Lagi?)

Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.

Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.
Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ketiga3 
Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ketiga2 Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ketiga4

Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini.

Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.


Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

image
penjelasan ainan berita kemalangan

Manakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).


Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

july

Bagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.

Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan.

Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.

ainantasneem
syirik
ainantasneem2
Fullscreen capture 372014 15038 PM

Kepada Ainan, bawa bersabar ok. Jangan dilayan komen-komen negatif. Yang penting, Ainan dan rakan-rakan selamat.

Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu..

Sumber: mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Arkib Blog