WASHINGTON – Satelit perisikan Amerika
Syarikat tidak mengesan sebarang tanda letupan di udara apabila pesawat
Malaysia Airline (MAS) terputus hubungan dengan pengawal trafik udara,
kata pegawai AS.
Menurut seorang pegawai AS, kerajaan
sebelum ini menggunakan jaringan satelit untuk mengenalpasti kesan haba
pesawat yang meletup tetapi dalam kes kali ini tiada apa-apa pun yang
dikesan.
NBC News sebelum ini ada melaporkan mengenai perkara itu.
Ketiadaan bukti berlakunya letupan di
udara menambahkan lagi misteri berhubung nasib pesawat MH370 yang hilang
pada 1.30 pagi selepas berlepas dari Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada kawasan khusus yang
dikenal pasti satelit, kapal tentera laut AS yang menyertai usaha
mencari di Laut China Selatan tidak dihantar ke lokasi khusus untuk
mencari serpihan.
“Jika mereka mengesan sesuatu (dengan satelit) sudah tentu kapal kami akan di hantar ke situ,” katanya.
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment