Perkongsian pandangan daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.
"Baik ini
sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek
dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang / kapten / jurutera
kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah
sekiranya saya silap.
1. Agak
mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi
kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini
memang berkualiti.
2. Agak
mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical
shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat
cukup untuk buat pendaratan.
Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
4. Setiap
laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang
dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ
boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
5. MAS adalah
syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut
kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
6. Kualiti
juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten,
juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
7. Seorang
juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk
selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu
untuk mereka putus asa.
8. Setiap
pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu
akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
9. Akhir
sekali, sebagai penutup, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie
adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang
lebih 30 tahun.
Wallahu A'lam.
Ini apa yang dikongsikan oleh Kapten Nik Huzlan dan hasil daripada hujah beliau, beliau sendiri tidak boleh ramal apa puncanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Sumber:
0 comments:
Post a Comment