Imam Syafie terus mendapat pujian. Orang ramai memperkatakan mengenai kehebatannya. Tambahan pula apabila Imam Muslim al-Zanji ,Gabenor Kota Mekah. Imam Ismail Kunstantani, pakar dalam ilmu Quran dan hadis turut memujinya . Oleh itu, nama Imam Syafie semakin dikenali ramai. Apabila dia datang ke Masjid Haram, orang ramai mengerumuninya bagi bertanya masalah agama. Apabila dia membaca Quran , ramai yang kagum dengan kemerduan suaranya.
"Wahai Imam Syafie, berikanlah nasihat kepada kami. Semoga kami insaf serta bertambah insaf serta bertambah keimaman kami,"pinta seorang lelaki yang sudah berumur.
Imam Syafie tidak menghampakan permintaan lelaki itu. Dia naik ke atas mimbar lalu berkata dengan suara yang lantang tetapi sedap didengar kerana kefasihan lidahnya.
"Wahai kaum muslimin sekalian.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menguntungkan selain daripada harta
yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih
berguna selain daripada akal.Tidak ada yang lebih buruk selain daripada
bersifat kedekut. "
"Apakah awak yakin dengan ucapannya itu,"tanya kassim seorang pemuda kepada kawan di sebelahnya.
"Imam Syafie mengamalkan apa yang dikatakannya. ketika orang lain sibuk mengumpulkan harta, dia memenuhi dadanya dengan ilmu. Adap sopannya tetap dijaga walaupun dia disukai orang ramai. Dia juga bersifat pemurah,"jawab Abdul Muluk yang lebih mengenali Imam Syafie berbanding kawannya.
"Apakah benar dia seorang yang pemurah? Bolehkah kita buktikan?Kassim seolah-olah mahu mengujinya. Mereka bersetuju menguji Imam Syafie bagi membuktikan beliau seorang yang pemurah.
Selepas menyampaikan ucapannya, Abdul Muluk bertemu dengan Imam Syafie lalu berkata,"Wahai Imam Syafie , saya hadiahkan kepada tuan 100 dirham. Gunakanlah untuk faedah tuan."
Abdul Muluk lalu menyerahkan wang sebanyak 100 dirham kepada Imam Syafie . Beliau mengambil pemberian itu lalu dimasukkan ke dalam poketnya.
Tidak lama kemudian datang pula kassim dengan wajah seperti orang dalam kesusahan lalu berkata,"Wahai tuan saya memerlukan 100 dirham . Sudikah tuan membantu saya?"
Tanpa banyak bicara , Imam Syfie menyeluk sakunya lalu mengeluarkan 100 dirham yang baru diterimanya daripada Abdul Muluk lalu diserahkan kepada Kassim. "Saya tidak memerlukan duit ini. Ambillah..."
Kassim cepat beredar dari situ bertemu dengan Abdul Muluk . Kemudian dia pun berkata,"Benarlah Imam Syafie itu seorang yang pemurah. Walaupun , dia tidak mengenali saya tetapi dia tidak bertanya lebih lanjut lalu menyerahkan wang yang awak berikan itu kepada saya."
Sekarang barulah Kassim yakin, Imam Syafie itu seorang yang pemurah . Dia selalu memuji kemurahan hati Imam Syafie di hadapan orang ramai. Peristiwa itu membuat nama Imam Syafie menjadi semakin terkenal serta disayangi orang ramai.
"Wahai Imam Syafie, tuan memiliki bakat yang besar sebagai penyair. Kehebatan tuan melebihi saya. Kerana itu rugi sekiranya bakat tuan itu disia-siakan,"kata Mus'ab sambil memujuk Imam Syafie supaya kembali mengarang serta mendeklamasikan puisi.
"Wahai guruku Mus'ab, sesungguhnya minat saya lebih besar kepada ilmu agama. Saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada sastera,"kata Imam Syafie pula.
"Memadai sekiranya tuan memberikan sokongan kepada kami golongan penyair. Sesekali dampingi kami dan hadiri majlis deklamasi puisi,"pinta Mus'ab.
Imam Syafie menyatakan persetujuannya.
Tidak lama kemudian, pertandingan membaca syair diadakan di pasar Ikhhaz. Ramai kawan-kawannya mendesak Imam Syafie memasuki pertandingan itu. Kerana tidak mahu menghampakan permintaan mereka, akhirnya Imam syafie bersetuju memasukinya.
Dia membaca sebuah syair Kabilah Huzail yang panjang. Tetapi Imam Syafie dapat menghafalnya tanpa sepatah perkataan pun yang tertinggal. Akhirnya dia muncul sebagi juara dengan mengalahkan gurunya, Mus'ab. Imam Syafie diberikan hadiah berupa wang dan pakaian yang mahal. Tetapi semua hadiah itu diberikan kepada kawan-kawannya yang memerlukannya.
"Saya masuk pertandingan ini bukan hendak merebut hadiah, bahkan sekadar memenuhi permintaan kamu,"kata Imam Syafie.
Kerana kehebatannya, beliau menjadi tempat rujukan penyair yang mahu mengkaji puisi Arab terutama puisi kabilah Huzail. Namun, minat Imam Syafie lebih kepada mempelajari ilmu agama.
Pagi itu, Ummu Habibah al-Uzdiyyah mengemaskan rumah. Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafie dan didapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang,kulit kayu, dan kertas lusuh Dia berasa tidak senang hari melihatnya.
"Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Lebih kamu bersihkan bilik itu dan bakar sahaja semua timbunan tulang, kulit kayu, dan kertas lusuh itu,"kata Ummu habibah.
"Itu bukan sampah sarap ,tetapi ilmu yang saya pelajari. Saya tuliskan pada tulang,kulit kayu dan kertas lusuh kerana tidak mampu membeli buku catatan,"kata Imam Syafie pula.
"Ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya disimpan dalam ingatan, bukannya di dalam bilik tidur,"kata Ummu Habibah.
"Mulai hari ini semua yang saya pelajari akan disimpan di dalam kepala,"janji Imam Syafie.
Kata-kata ibunya itu menginsafkan Imam Syafie . Dia pun menghafal semua catatan itu satu persatu hingga semuanya habis dihafal. Kemudian barilah dia membakarnya satu persatu hingga habis kesemuanya. Sejak itu dia tidak lagi mencatatkan ilmu yang dipelajarinya tetapi terus menghafalnya untuk disimpan dalam ingatannya. Dia dapat melakukannya kerana dikurniakan daya ingatan yang luar biasa. Semua yang diajar gurunya dapat diingatinya satu demi satu tanpa ada satu pun yang tertinggal.
Petikan :
Buku"Imam-Imam Yang Benar"
Halaman 372-374
Sumber: mselim3.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment