Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar
tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi
aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan
ribu pengguna internet di seluruh dunia.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai
ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan
berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya
dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin
benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis
yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar
bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
0 comments:
Post a Comment