Guablog

Sunday, 16 March 2014

Video Dan Penerangan Penuh Kapten Norudin Abdul Majid Bongkar Misteri Malaysia MH370 Hilang! MH370 (100%) Telah Hilang!



Kapten Norudin Abdul Majid

Video Kapten Norudin Abdul Majid Bongkar Misteri Malaysia MH307 Hilang: Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pakar (TERMASUK DI SINI) daripada pelbagai bidang untuk ditemu bual bagi membincangkan bersama hasil pengalaman dan analisa mereka ini melibatkan tragedi pesawat MAS MH370 terkini. Tetapi Berita Semasa lebih tertarik dengan figura yang seorang ini, Kapten Norudin Abdul Majid namanya.

Bukan calang-calang orang. Kapten Norudin Abdul Majid merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS (Malaysia Airlines). Apabila ditanyakan pendapat Kapten Norudin Abdul Majid apakah yang berlaku ke atas Malaysia MH307 Hilang, Kapten Norudin Abdul Majid dengan penuh yakin berkata:

“HILANG! Benar-benar hilang!”

Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, Kapten Norudin Abdul Majid memberikan respon seperti di bawah ini :
“Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..  Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain. Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)”…tambahnya.

Kapten Norudin Abdul Majid : Antara Butiran Temubual Buletin Utama TV3

  • Host: “Tapi, apa bacaan Kapten Norudin Abdul Majid daripada titik akhir (radar pesawat MH370 MAS Boeing 777 MH370) itu?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid: “Hilang!”
  • Host: “Kemana?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA”
  • Host: “Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui? Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
  • Host: “Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU”

Sebab MH370 Hilang

Ya, sekilas Kapten Noruddin Abdul Majid mengajak kita semua umat Islam balik dan berpaksi kepada kebesaran Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Suatu ketentuan, suatu yang ajaib yg kita semua kena terima. Terbukti sekarang segala daya upaya manusia yang dianggap serba pandai, bijaksana, pengembelingan tenaga daripada semua bangsa dan agama dan dengan kecanggihan alat-alat teknologi yang super power/energy, masih belum berjaya mengungkap misteri yang terjadi. Manusia menjadi buntu tidak dapat mencari jawapan.

Kapten Noruddin Abdul Majid mengusulkan agar kita semua umat Islam, kembali kita beriman kepadaNya, kita memohon doa kepada Allah (kerana di situlah kuncinya), doa daripada orang-orang yg soleh dan juga daripada kaum keluarga khususnya, buat solat taubat dn hajat dan kita merayu kepada Allah s.w.t. InsyaAllah Malaysia MH307 Hilang hilang akan ditemui.

Berita Semasa amat bersetuju dengan pendapat Kapten Noruddin Abdul Majid kerana ikhtiar dan kebijaksanaan manusia amat terhad. Inilah hikmahnya yang manusia harus sadari bahawa kita semua lemah, tidak berdaya dn pada akhirnya kita tetap akan berharap kepada Dia.

Video Kapten Norudin Abdul Majid di Buletin Utama TV3

 
 
P/S : Kapten Noruddin Abdul Majid ini luas pengalamannya berada lama duduk di kapal, apa yang Kapten Noruddin Abdul Majid nampak , apa dia tahu di langit biru itu tidak semua orang akan tahu. Kapten Noruddin Abdul Majid bercakap berdasarkan ilmu, iman dan pengalamannya untuk renungan kita bersama.

Sumber:  beritasemasa

0 comments:

Post a Comment

Arkib Blog