Sumber: amekaw
Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah
terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya
Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang
memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun
1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz
dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman
dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin
melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang
nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan
membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.
Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad
Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah,
mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi
itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim
itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk
melaksanakan ibadah haji.
Kedua-dua orang nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji
dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan
untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari kesempatan
mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk
menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah.
Mereka membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.
Belum sampai pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah
digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui
rancangan busuk itu.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus
penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan
ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua
orang lelaki berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan
jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam
keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur.
Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga
kali dalam satu malam.
Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan
perjalanan dari Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan
mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang
diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung
menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke
makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup
lama di depan makam Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh
penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil
mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak
menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk
yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih
ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”
Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari
Sultan, kecuali dua orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil
hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid
Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan
alangkah terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah
orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku
sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak
bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu
mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan
penjagaan yang ketat.
Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke
penginapan kedua-dua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di
temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah
mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah.
Ketika itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba
berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.
Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya
terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu
menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut
perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan,
mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad
Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung
berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud
memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan
mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan
rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin
kerajaannya. MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita
ini…
sumber: billyinfo.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment