Guablog

Monday 17 February 2014

Lelaki Ini Beli Xbox Di eBay Tapi Dapat Gambar


Sumber: amekaw

Peter Clatworthy, seorang remaja 19 tahun dan juga bapa kepada anak lelaki berusia 4 tahun, McKenzie. Dia telah membida sebuah iklan konsol permainan video “XBox One Day One version limited edition” di laman eBay. Setelah berjaya menang bidaan tersebut, dia membayar 450 pound dan 8 pound untuk penghantaran (RM2380 dan RM42) kepada penjual. Apa yang mengejutkan, dia menerima bungkusan yang hanya mengandungi kertas saiz A4 yang dicetak gambar Xbox! Dia yang tinggal di Bilborough berasa tertipu kemudiannya membuat aduan kepada pihak eBay dan siasatan dijalankan.

peter-clatworthy-xbox-ebay

Rupa-rupanya si penjual tidak bersalah kerana iklannya memaklumkan apa yang dijual ialah gambar Xbox. Mungkin kerana Clatworthy terlalu teruja, dia baca macamtu je dan terus membida. Permainan video ini dia beli untuk dijadikan hadiah kepada anaknya. Namun pihak eBay membayar semula atau refund duit kerana iklan tersebut menimbulkan kekeliruan kepada pembeli. Dan penjual terbabit juga telah di banned!

Lepas baca artikel ni, bengang pun yer, lawak pun yer. Macam2 hal.

sumber: effortlab.com

0 comments:

Post a Comment