Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah rupanya. Maknanya mereka berhijrah dan berusaha menjadi yang lebih baik. Terbaru penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Farah Asyikin mula bertudung labuh.
“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita
Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila
ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai
sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku.”
Ketika
ditanyakan perkembangan beliau yang terkini, Farah masih meneruskan
kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Seri Cempaka International
School. Beliau yang mengajar subjek ‘Speech & Drama’ mengakui
gembira dengan kerja beliau kerana dapat berinteraksi bersama
kanak-kanak.
“Farah seronok jadi pendidik di sana. Farah memang
suka berkomunikasi dengan budak-budak, jadi Farah kira peluang ini
datang tepat pada masanya. Farah bersyukur sangat-sangat atas rezeki
yang Allah telah berikan pada Farah ini.”
0 comments:
Post a Comment