KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan sedang meneliti cadangan penggunaan kad khas untuk membeli
barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) khusus kepada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu bagi memastikan hanya rakyat tempatan membeli di KR1M kerana KR1M memang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.
Beliau berkata, KR1M merupakan satu subsidi kerajaan untuk rakyat
kerana harga barang yang dijual adalah sangat murah berbanding kedai
lain.
"Cadangan wujudkan kad khas untuk membeli di kedai KR1M adalah
cadangan yang baik kerana ia tidak tersasar daripada tujuan utama
kerajaan.
"Namun buat masa sekarang, semua peringkat rakyat dibenarkan membeli
barangan di KR1M,” katanya kepada soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang)
di persidangan Dewan Rakyat hari ini. -Bernama
0 comments:
Post a Comment