Guablog

Monday 7 April 2014

Gambar Cute Farah Asyikin Bertudung Labuh



Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah rupanya. Maknanya mereka berhijrah dan berusaha menjadi yang lebih baik. Terbaru penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Farah Asyikin mula bertudung labuh.


“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku.”


Ketika ditanyakan perkembangan beliau yang terkini, Farah masih meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Seri Cempaka International School. Beliau yang mengajar subjek ‘Speech & Drama’ mengakui gembira dengan kerja beliau kerana dapat berinteraksi bersama kanak-kanak.


“Farah seronok jadi pendidik di sana. Farah memang suka berkomunikasi dengan budak-budak, jadi Farah kira peluang ini datang tepat pada masanya. Farah bersyukur sangat-sangat atas rezeki yang Allah telah berikan pada Farah ini.”


Sunday 6 April 2014

Kos Cari MH370 TERMAHAL Dalam Sejarah, Kini Cecah RM161 Juta



Kos Pencarian
 
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media.
 Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.
Malaysia Plane  MH370 - Komander US Navy Puji Malaysia  51396661533_620x300
 
Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari.
 Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.4 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan ‘Towed Pinger Locator’ (TPL)’ untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak $3.3 million(RM10.8 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.Vietnam pula telah berbelanja $8 juta (RM26.2 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.7 juta).

Jumlah sekarang boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana pencarian ini melibatkan 26 negara.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. “Ia memerlukan wang yang banyak,” jelas beliau. – ASTRO AWANI

Saturday 5 April 2014

Kad Khas Untuk Golongan Pendapatan Rendah Di Kedai Rakyat 1Malaysia



 KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang meneliti cadangan penggunaan kad khas untuk membeli barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) khusus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu bagi memastikan hanya rakyat tempatan membeli di KR1M kerana KR1M memang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata, KR1M merupakan satu subsidi kerajaan untuk rakyat kerana harga barang yang dijual adalah sangat murah berbanding kedai lain.

"Cadangan wujudkan kad khas untuk membeli di kedai KR1M adalah cadangan yang baik kerana ia tidak tersasar daripada tujuan utama kerajaan.

"Namun buat masa sekarang, semua peringkat rakyat dibenarkan membeli barangan di KR1M,” katanya kepada soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) di persidangan Dewan Rakyat hari ini. -Bernama

Friday 4 April 2014

Pakar Motivasi Terkenal Cabul Pelajar?



ARAU – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, mendakwa dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal.

Sumber memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun, mendakwa diperlakukan sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Mangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta oleh suspek, kononnya bagi melakukan uji kaji.

Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.

Lapor pengurusan IPT

“Selepas itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali. Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa merelakan perbuatan itu,” kata sumber berkenaan.

Mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan tertinggi IPT sebelum membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini.

“Kita sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.- Berita Harian

Insiden Misteri Terowong JDT VS T-Team : JDT Menang Percuma 3-0 Tetapi Didenda RM30,000 Kerana Isu Keselamatan! Setuju?



Hukuman JDT

Selepas 2 bulan terjadinya tragedi insiden terowong JDT VS T-Team, akhirnya pihak tertinggi bola sepak Malaysia (FAM) bersidang untuk mencari jalan penyelesaian bagi (TRAGEDI INI)

Akhirnya bersidang selepas 10 jam lamanya, FAM melalui Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menemui “hukuman” yang sesuai yang boleh diberikan kepada pasukan JDT. 

Hasil Keputusan Hukuman FAM Untuk Pasukan JDT?

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung ‘insiden terowong,’. Bermakna ada isu keselmatan bukan?
  • Manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara
  • Tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan
  • FAM mengatakan Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
  • Siapakah individu misteri tersebut? Ehem……
Hukuman FAM 

Agak-agaknya jikalau melibatkan negeri lain, adakah begini denda diberikan? Tan Sri Anuar Musa buka mulut terhadap FAM dikenakan ban bertahun (CONTOHNYA DI SINI). Jikalau Kelantan, Sarawak yang “menimbulkan masalah”, berapa agaknya denda & hukuman akan dijatuhkan kepada mereka? Berita Semasa melihat di sini terdapat 2 keputusan yang berbeza iaitu :
  • FAM menghukum T-Team kononnya tiada isu keselamatan, dan keputusan dijatuhkan cukup pantas
  • JDT diberi kemenangan percuma 3 – 0 keatas T-Team
  • FAM menghukum JDT sebab ada isu keselamatan kerana gagal memberi kawalan keselamatan kepada T-Team sehingga pemain dan staf T-Team diserang oleh……….. Itupun selepas 2 bulan? Hebat…..
  • JDT didapati bersalah dan layak ke pusingan seterusnya Piala FA
Inilah yang dikatakan benar-benar luaskan kuasamu….

P/S : Berita Semasa teringat di zaman Khalid Shahdan dan Nasir Yusop. Setiap kali Johor menang, pasti akan dapat cuti negeri Johor. Masa itu pun terpaksa dengar radio untuk mengetahui secara langsung perlawanan bolasepak

PP/S : Baru-baru ini, dilaporkan seorang pemain bintang JDT dibayarkan rumah sewa tanpa had, kereta mewah Mercedez oleh pengurusan JDT. Jadi apalah sangat membayar denda RM30,000?

PPP/S : Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap FIFA, pengadil tidak dibenarkan meneruskan perlawanan andaikata tiada jaminan keselamatan untuk pasukan lawan. Apa respon balas anda pula?

Sumber: beritasemasa

Thursday 3 April 2014

Persoalan Utama Siapa Rampas Pesawat MH370 ?


SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.
Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.
Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.
“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi," katanya. 
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch  (AAIB) di Britain.
Timbul pelbagai andaian berikutan pesawat tersebut melencong jauh daripada laluan asal sehingga ke Lautan Hindi yang disifatkan tempat paling sunyi di dunia.
Sebelum ini, isu rampasan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dibangkitkan pada hari kedua kehilangan pesawat MH370, selain turut dikaitkan dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga asing yang menaiki pesawat tersebut.
Sehingga kini, polis masih belum menolak andaian pesawat tersebut dirampas dan turut menyiasat tiga elemen lain yang berkemungkinan motif kejadian iaitu sabotaj, masalah peribadi serta masalah psikologi membabitkan semua individu yang menaiki pesawat itu. - Sinarharian

Kepala Pelajar MRSM Berasap Dan Mulut Berbuih Akibat Dipanah Petir



Alor Gajah: Rambut berasap, tubuh menggeletar dan mulut berbuih. Itu detik cemas dilalui pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ayer Paabas, di sini, apabila disambar petir dalam kejadian di padang sekolah berkenaan petang kelmarin.

Kejadian jam 6 petang menyebabkan pelajar tingkatan satu, Johan Jasmin, kini koma dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama selepas beriadah bersama 200 pelajar lain sebelum dia tiba-tiba rebah akibat disambar petir.

Mangsa yang berada di tengah kelompok pelajar rebah serentak dengan bunyi dentuman petir menyebabkan badannya menggigil, rambut berasap dan mulut berbuih.

Sumber berkata, ketika kejadian cuaca cerah, namun kedengaran bunyi guruh beberapa kali sebelum guru bertugas mengarahkan mangsa bersama pelajar lain beredar dari kawasan padang dan masuk ke bangunan asrama.

“Ketika kumpulan pelajar beriadah kedengaran bunyi guruh dan beberapa guru memberi arahan supaya beredar meninggalkan padang dan berlindung ke tempat lebih selamat.

Namun, ketika berjalan bersama 200 pelajar lain ke arah bangunan asrama, mangsa tiba-tiba disambar petir.

“Menyedari kejadian itu, guru dan beberapa rakan cuba menggerakkan mangsa, namun tiada tindak balas lalu guru bertugas terus menghantarnya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan,” katanya, semalam.

Menurutnya, ketika rawatan kecemasan dilakukan, paramedik memaklumkan terdapat kesan lebam dan terbakar selain bau hangit di bahagian kepala mangsa dipercayai disambar petir.

Sumber itu berkata, mangsa yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dalam keadaan lemah dan sukar bernafas selain pucat seluruh tubuh lalu diberikan bantuan menggunakan mesin pernafasan sebelum dirujuk ke ICU Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Hospital Melaka berkata, keadaan mangsa masih kritikal dan menggunakan bantuan mesin pernafasan serta kini ditempatkan di ICU hospital berkenaan untuk rawatan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Md Rashid Husin mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menunggu laporan penuh mengenai kejadian dari pengurusan sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan, mangsa bersama pelajar lain berada di atas padang sekolah berkenaan melakukan aktiviti bersukan sebelum diarahkan masuk ke bangunan selepas melihat cuaca gelap.

“Ketika berjalan masuk ke dewan, mangsa secara mengejut rebah dan tidak sedarkan diri lalu dihantar oleh seorang guru pemantau ke Hospital Alor Gajah untuk dapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan hanya seorang mangsa saja yang terbabit dalam kejadian berkenaan, manakala lebih 200 pelajar lain selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu, namun masih belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak berkaitan. -
hmetro

Wednesday 2 April 2014

Perkembangan Terkini Operasi Pencarian MH370 Di Lautan Hindi


 
Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Kapal selam itu akan disertai oleh sebuah kapal peninjau, HMS Echo yang akan membantu usaha mengesan kemungkinan serpihan yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat itu di permukaan laut.
Pengiriman HMS Tireless dan HMS Echo itu dimaklumkan oleh Setiausaha Pertahanan UK, Philip Hammond kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa.
"Ini adalah sumbangan daripada sahabat Malaysia yang sangat dihargai bukan saja oleh kita tetapi juga negara-negara lain yang menyertai operasi mencari MH370," katanya seperti dipetik oleh Bernama di Honolulu.
Hishammuddin berada di Hawaii untuk menghadiri Forum Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat yang digelar oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel.
Sementara itu, Hishammuddin melalui akaun Twitternya merakamkan rasa gembira dengan bantuan itu dan berkata Malaysia "tidak akan melupakannya sampai bila-bila."

Selain kerahan aset, UK juga mengirimkan bantuan kepakaran daripada beberapa jabatan kerajaan untuk membantu usaha merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
Empat pegawai tentera udaranya yang sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja New Zealand juga terlibat aktif dalam operasi carian itu.
Sementara itu, penganalisis percaya Tentera Laut Amerika Syarikat juga mungkin sudah mengirimkan kapal selamnya tetapi seperti lazimnya, ia tidak mengumumkan pergerakan kapal selamnya itu.
Dalam masa yang sama transkrip perhubungan radio di antara pesawat MH370 dan menara kawalan yang di dedahkan semalam turut mendapat ulasan daripada Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

“Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara.”

Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu.

“Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.

“Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan” katanya.

Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.

“Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.

“Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.

“Selepas take off, kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.

“Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang” jelasnya.

Nik Huzlan turut menerangkan mengenai perkataan “err” pada jam 12:42:48 yang merupakan suatu lumrah jika tersalah cakap.

“Biasalah jika banyak menerbangkan banyak pesawat, nombor pun boleh  tersasul, saya tidak nampak ada masalah di sini” katanya lagi.

Namun begitu, Nik Huzlan mengakui dihujani pelbagai persoalan dari orang ramai mengapa pada jam 12:50:09 sehingga 01:07:55, transkrip menunjukkan pesawat MH370 mengulangi kata-kata yang sama.

“Mengikut pengalaman saya sebagai juruterbang, kadangkala kita terlupa adakah kita sudah menghubungi pusat kawalan udara atau tidak pada sesuatu ketinggian.

“Sebagai juruterbang, kita takkan buang masa berfikir biasanya kita akan hubungi sahaja kawalan udara semula” terang Nik Huzlan yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

Di akhir ulasan, Nik Huzlan turut menyelar pelbagai tuduhan dan publisiti yang tidak baik mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.

“Ya, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, namun berita mengenai pergolakan rumah tangga sama ada ia benar atau pun tidak, adalah sangat peribadi dan tidak wajar disebarkan.

Jika benar pesawat terhempas dan beliau tidak selamat, ini merupakan suara terakhir dari beliau” katanya mengakhiri perbincangan.

Ikuti ulasan penuh mengenai transkrip komunikasi pesawat MH370 di SINI
 
Sumber: utaranews

Tuesday 1 April 2014

Pocong Di Tengah Jambatan Kedua Pulau Pinang?



BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.
 
Sumber: sinarharian

Wednesday 26 March 2014

[EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juruterbang Mungkin Bunuh Diri?



MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar

Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. -TMI


Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin


SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

"Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini," kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
- mstar (17 Mac 2014)


ULASAN GB

Selepas siasatan polis menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan juruterbang itu merampas pesawat dan tiada sandaran lansung untuk menuduhnya sebagai penyokong fanatik Anwar dan PKR seperti yang diwarwarkan sebelum ini, maka diubah haluan menyatakan juruterbang itu berkemungkinan membunuh diri....

Astaghfirullah....

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). 

Sumber: greenboc. 

Cara buat permohonan kemasukan ke program Matrikulasi sesi 2014/2015



Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )
Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm

Cara Buat Permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya
  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan
Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

Sumber : mysumber

Gadis Mangsa Tsunami Acheh Ditemui Selepas 7 Tahun



Seorang gadis yang berusia lapan tahun terdahulu yang telah dihanyutkan dalam peristiwa gelombang tsunami dari Lautan Hindi telah ditemui masih hidup setelah hampir tujuh tahun dari hari gelombang besar itu melanda kampungnya di Acheh, Indonesia.

Gadis itu yang kini berusia 15 tahun itu, dikenali sebagai Wati, disangkakan mati selepas dia telah terpisah daripada ibu dan dua orang adik-beradik ketika tsunami yang dahsyat melanda Ujong Baroh, Aceh Barat, sehari selepas Krismas pada tahun 2004, agensi berita Antara melaporkan semalam.

Gadis itu muncul di bandar berhampiran Meulaboh semalam dan memberitahu kakitangan di kafe Simpang Pelor bahawa dia cuba mencari rumahnya.

Wati boleh mengingati hanya satu nama saudaranya iaitu Ibrahim datuknya.

Dia telah dibawa ke rumahnya, di mana beliau dengan cepat dikenal pasti oleh datuknya sebagai cucunya yang hilang.

Atuknya kemudian membawanya bertemu ibunya, Yusniar dan ayahnya Yusuf, yang kemudian mengecam anak perempuan mereka dari parut kecil di atas keningnya disebabkan kecederaan ketika dia berumur enam tahun.

Agensi itu melaporkan bahawa gadis itu telah disalah anggap sebagai peminta sedekah kerana berpakaian comot ketika dia mula-mula muncul di kafe .

Gadis itu juga menyatakan bahawa segala pengalaman pahit getir selama tujuh tahun itu tidak akan didedahkan kepada media.

Dia dijangkakan merayau-rayau di seluruh daerah Aceh untuk mencari rumahnya.

Sumber: wowberita

Permohonan kemasukan program Matrikulasi sesi 2014/2015


Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

matrikulasi 2014permohonan program matrikulasi sesi 2014 2015

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )
Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm
Cara buat permohonan
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya
  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan
Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

Sumber : mysumber

Saturday 22 March 2014

Ahmad Said Gembira Keputusan SPM Terengganu Meningkat




KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa gembiranya berikutan peningkatan pencapaian keseluruhan Terengganu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 semalam berbanding dengan pencapaian tahun sebelumnya.

Beliau berkata Terengganu mencatat peningkatan pada Gred Purata Negeri kepada 4.90 dalam SPM 2013 daripada 5.01 pada 2012.

“Keputusan itu telah mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional 4.93 dan merupakan yang terbaik sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua bagi Dewan Undangan Negeri Kijal di sini hari ini.

Bagaimanapun, pencapaian A dalam semua mata pelajaran yang diambil pelajar negeri itu telah merosot kepada hanya lima pelajar berbanding 19 pelajar yang memperolehi semua A pada tahun 2012.

[Gambar] Insiden Kemalangan Yang Mengejutkan



Satu kejadian ngeri yang mengejutkan di China. Kejadian ini sudah berlaku pada 5 Februari lalu. Namun pihak polis China baru mendedahkan foto yang diambil dari rakaman CCTV semasa pasangan pertengahan umur dilanggar oleh sebuah kereta.

Mangsa yang bernama Hu Mou, dan isterinya. Mereka sedangh memandu sebuah kenderaan roda 3. Mereka dikatakan tidak mematuhi arahan lampu merah yang sedang menyala. ketika melintas menyebabkan sebuah kereta menghentam mereka.

Gambar yang dirakam kelihatan dahsyat, di mana keduanya melambung ke udara dan kenderaan mereka hancur hingga tidak berbentuk. Sementara kereta yang melanggar kelihatan rosak di di bahagian tepi. Hu Mou dan isterinya maut di tempat kejadian.

Gambar ini dikeluarkan sempena anjuran untuk keselamatan bersama dengan berkendaraan lalu lintas. Gambar tersebut mampu membuat ramai orang terkejut dan berfikir sejenak sendirian.

Sumber: dairishare

Friday 21 March 2014

Radar Tentera Thailand Juga Sahkan MH370 Buat Lencongan Ke Arah Barat



Jika data sebelum ini hanya bersandarkan sumber Malaysia, namun kini, kerajaan Thailand juga mengesahkan bahawa sebuah pesawat dipercayai MH370 melakukan pusingan di udara.
Menurut laporan CNN yang memetik sumber ketenteraan negara itu, radar tentera Thai menerima komunikasi dan laluan normal untuk sebuah Boeing 777-200 pada pukul 1.22 pagi, 8 Mac lalu sebelum ia hilang dari radar.

Enam minit selepas itu, radar yang sama mengesan sebuah pesawat dengan isyarat lain terbang ke arah bertentangan.

Kapal misteri itu dipercayai MH370 yang telah melakukan lencongan di udara.

Bukti radar ketenteraan Thailand adalah bukti kedua selepas radar kententeraan Malaysia mengesan tindak laku misteri yang sama di udara.

Menurut pegawai Thailand berkenaan, radar mereka konsisten dengan radar Malaysia apabila mengesan kapal berkenaan terbang melangkau Pulau Perak di Selat Melaka.

“Kapal yang tidak diketahui itu menghantar isyarat sekejap-sekejap, yakni sekejap on dan off, on dan off,” katanya.

Sumber:  mynewshub

Perompak Jadi Bahan Lawak Dalam Internet



LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam, setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.

Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.

Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.

Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.

Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.

Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.

Sumber: mynewshub

Rahsia Cara Untuk Menjimatkan Minyak Kereta Terbongkar Akhirnya...


Sumber: naimnikmat

Thursday 20 March 2014

Raja Bomoh Sedunia Teropong Lagi Di Perak



Di saat isu Bomoh VIP sedang hangat diperkatakan, nampaknya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin langsung tidak mempedulikan kata-kata rakyat Malaysia dan dilihat terus melakukan upacara “teropong”nya yang semakin popular seluruh dunia selepas Bomoh VIP ini muncul di KLIA beberapa kali kononnya untuk mengetahui di mana status pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini.
Isu ini menjadi semakin hangat apabila ada campurtangan menteri seperti Khairy Jamaluddin yang mengundang kemarahan Ibrahim Mat Zin yang ingin menampar Khairy Jamaluddin.
Berikut adalah gambar yang kami terima semasa Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan upacara yang tidak diketahui tujuannya di Teluk Intan, Perak.


GEMPAR: Kenapa Fariq Ucap Selamat Malam, Bukannya Selamat Pagi…Adakah Dia Tertekan?



“Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan “Baik” dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata “Baik” dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap “Baik” dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan “Baik” sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.
Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah “Selamat Malam”. Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu ‘pagi’ dan waktu ‘malam’, ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan “baik, selamat malam” yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalu lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Jika ditolak 1.30 – 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.
Daripada aspek bahasa “baik, selamat malam” yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.
Maksud saya ‘berjaya mengawal’ keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.

Nota : “Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat”. Wallahu’alam.
 
Sumber: mynewshub

Wednesday 19 March 2014

TERKINI: Imej Pesawat Di Lautan Didakwa MH370


Imej pesawat di lautan yang dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
 GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
MH370
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
Sumber: mimpi-senja

Bahasa Ko-Pilot Mendedahkan Dia Sedang Mengawal & Menyelamatkan MH370


 
"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.
Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.
Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.
Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.
Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.
Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.
Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.
Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.
Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.
Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?
Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.
Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.
Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!
Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.
Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.
Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!
Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.
Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.
Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.
Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.

Tuesday 18 March 2014

Bukti Bomoh 1 Malaysia penyokong kuat Pakatan Rakyat!


‎AKHIRNYA terbukti bahawa bomoh 1 Malaysia yang telah memalukan negara dengan aksi karpet terbang di dalam mencari pesawat #MH307 adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat. 

Foto kediaman beliau tersebar di internet sejak beberapa hari lalu selepas namanya mencetuskan kontroversi.

Lihat baik² ‎foto di atas, di rumah beliau terbina sebuah tugu besar nombor 1 berwarna biru dengan lambang 'dacing'.

Jelas bomoh ini adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Sumber: milosuam

AWAS! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas


Bila anda melihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 
 
Sumber:  sentiasapanas

Pesawat MH370 Kini Mungkin di Kazakhstan





SEPANG - Siasatan pihak berkuasa berhubung kehilangan pesawat MH370 pada hari kelapan semalam memasuki fasa baharu apabila kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu disahkan telah berpatah balik menuju sama ada ke Kazakhstan atau Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komunikasi terakhir yang diperoleh daripada pesawat itu ialah pada pukul 8.11 pagi 8 Mac lalu selepas data enjin dikesan hilang daripada radar pada pukul 1.07 pagi.

Katanya, berdasarkan kiraan itu, kapal terbang tersebut mampu terbang hingga ke dua tempat bergantung kepada arah yang diambil sama ada Kazakhstan atau Lautan Hindi.

"Siasatan lanjut juga mendapati Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dipadamkan sebelum pesawat tersebut tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Transponder pula dimatikan sebaik pesawat melintasi menara kawalan trafik yang terletak antara sempadan Vietnam dan Malaysia.

"Bermula dari saat itu, radar primari militari telah mengesan satu plot yang dipercayai MH370 telah berpatah balik.

"Ia kemudian menghala ke arah barat laut Semenanjung Malaysia dan ia selari dengan tindakan seseorang di dalam pesawat itu," katanya pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam. - Kosmo

Monday 17 March 2014

BONGKAR: Mengapa Kereta Proton Lebih Murah Di Luar Negara?




SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.

Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

 P/s: Sebenarnya Proton nak rakyat malaysia menanggung kerugian mereka diluar negara sana

Sumber: sinarharian