Guablog

Saturday 22 March 2014

Ahmad Said Gembira Keputusan SPM Terengganu Meningkat




KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa gembiranya berikutan peningkatan pencapaian keseluruhan Terengganu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 semalam berbanding dengan pencapaian tahun sebelumnya.

Beliau berkata Terengganu mencatat peningkatan pada Gred Purata Negeri kepada 4.90 dalam SPM 2013 daripada 5.01 pada 2012.

“Keputusan itu telah mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional 4.93 dan merupakan yang terbaik sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua bagi Dewan Undangan Negeri Kijal di sini hari ini.

Bagaimanapun, pencapaian A dalam semua mata pelajaran yang diambil pelajar negeri itu telah merosot kepada hanya lima pelajar berbanding 19 pelajar yang memperolehi semua A pada tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment

Arkib Blog