Guablog

Sunday 9 March 2014

Gambar Dan Video Ular Makan Buaya Di Australia


Seekor ular besar bukan sahaja terselamat selepas bergelut menentang seekor buaya di Australia malah haiwan itu meraikan kejayaan dengan menelan buaya tersebut

Saksi yang menyaksikan pergelutan yang berlaku di Tasik Moondarra, Queensland, berhampiran bandar perlombongan Gunung Isa, pada Ahad berkata ular itu, dipercayai ular sawa, mempunyai panjang kira-kira 10 kaki (tiga meter) dan ‘kelihatan sihat’

Dalam pertarungan lima jam itu, buaya berkenaan telah dibelit ular dengan ganasnya dan kedua-dua haiwan itu bergelut habis-habisan di dalam air

Selepas pertarungan, ular itu telah menarik buaya ke tebing tasik dan membebaskan mangsa yang mana pada ketika itu telah mati

Lebih mengagumkan apabila ular itu bertindak menelan buaya berkenaan yang dianggap suatu perkara di luar jangkaan -mysumber

Video Ular Telan Buaya Di Australia


0 comments:

Post a Comment

Arkib Blog