Guablog

Thursday 13 March 2014

BONGKAR: Hanya kotak hitam mampu rungkai misteri MH370


Inilah bentuk kotak hitam yang terletak di bahagian ekor pesawat yang menyimpan data penerbangan dan rakaman audio kokpit bagi membantu siasatan nahas pesawat.

KUALA LUMPUR 12 Mac - Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu hanya terjawab sekiranya pihak berkuasa dapat menemukan kotak hitam pesawat tersebut. 

Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azmin Shakrine Mohd. Rafie berkata, punca kejadian itu sukar diramal kerana Boeing 777 adalah pesawat yang paling selamat serta canggih dan tidak mungkin hilang dalam sekelip mata tanpa sebarang isyarat. 

Katanya, insiden itu amat pelik kerana selain kecanggihan pesawat, juruterbang MH370 juga amat berpengalaman manakala Malaysia Airlines (MAS) mempunyai rekod cemerlang.

"Sekiranya pesawat dirampas, sudah tentu ada butang tertentu untuk memberi isyarat, sekiranya meletup atau terjunam ke laut tentulah ada serpihan dan bangkai. Jika ada masalah mekanikal juga sudah pasti ada petunjuk

"Selagi kotak hitam tidak ditemui, kita tidak akan dapat selesaikan misteri ini sampai bila-bila," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini. 

Sementara itu, seorang pramugara MAS yang mempunyai pengalaman lebih 24 tahun, Zubairi Ghazali berkata, walaupun sistem transponder tidak berfungsi, pergerakan sesebuah pesawat masih boleh dipantau dan dikesan oleh pusat kawalan trafik udara (ATC).

"Jika sistem transponder dimatikan atau mengalami masalah teknikal, radar masih lagi boleh dikesan oleh ATC cuma tidak ada maklumat mengenai pesawat seperti nombor, ketinggian dan kelajuan.

"Radar berkenaan hanya akan terputus hubungan sekiranya pesawat itu terhempas namun kaptennya masih sempat menghantar isyarat kecemasan kepada ATC," katanya.

Artikel Penuh: utusan

0 comments:

Post a Comment

Arkib Blog