Guablog

Wednesday 26 March 2014

[EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juruterbang Mungkin Bunuh Diri?



MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar

Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. -TMI


Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin


SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

"Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini," kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
- mstar (17 Mac 2014)


ULASAN GB

Selepas siasatan polis menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan juruterbang itu merampas pesawat dan tiada sandaran lansung untuk menuduhnya sebagai penyokong fanatik Anwar dan PKR seperti yang diwarwarkan sebelum ini, maka diubah haluan menyatakan juruterbang itu berkemungkinan membunuh diri....

Astaghfirullah....

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). 

Sumber: greenboc. 

Cara buat permohonan kemasukan ke program Matrikulasi sesi 2014/2015



Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )
Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm

Cara Buat Permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya
  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan
Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

Sumber : mysumber

Gadis Mangsa Tsunami Acheh Ditemui Selepas 7 Tahun



Seorang gadis yang berusia lapan tahun terdahulu yang telah dihanyutkan dalam peristiwa gelombang tsunami dari Lautan Hindi telah ditemui masih hidup setelah hampir tujuh tahun dari hari gelombang besar itu melanda kampungnya di Acheh, Indonesia.

Gadis itu yang kini berusia 15 tahun itu, dikenali sebagai Wati, disangkakan mati selepas dia telah terpisah daripada ibu dan dua orang adik-beradik ketika tsunami yang dahsyat melanda Ujong Baroh, Aceh Barat, sehari selepas Krismas pada tahun 2004, agensi berita Antara melaporkan semalam.

Gadis itu muncul di bandar berhampiran Meulaboh semalam dan memberitahu kakitangan di kafe Simpang Pelor bahawa dia cuba mencari rumahnya.

Wati boleh mengingati hanya satu nama saudaranya iaitu Ibrahim datuknya.

Dia telah dibawa ke rumahnya, di mana beliau dengan cepat dikenal pasti oleh datuknya sebagai cucunya yang hilang.

Atuknya kemudian membawanya bertemu ibunya, Yusniar dan ayahnya Yusuf, yang kemudian mengecam anak perempuan mereka dari parut kecil di atas keningnya disebabkan kecederaan ketika dia berumur enam tahun.

Agensi itu melaporkan bahawa gadis itu telah disalah anggap sebagai peminta sedekah kerana berpakaian comot ketika dia mula-mula muncul di kafe .

Gadis itu juga menyatakan bahawa segala pengalaman pahit getir selama tujuh tahun itu tidak akan didedahkan kepada media.

Dia dijangkakan merayau-rayau di seluruh daerah Aceh untuk mencari rumahnya.

Sumber: wowberita

Permohonan kemasukan program Matrikulasi sesi 2014/2015


Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

matrikulasi 2014permohonan program matrikulasi sesi 2014 2015

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )
Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm
Cara buat permohonan
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya
  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan
Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

Sumber : mysumber

Saturday 22 March 2014

Ahmad Said Gembira Keputusan SPM Terengganu Meningkat




KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa gembiranya berikutan peningkatan pencapaian keseluruhan Terengganu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 semalam berbanding dengan pencapaian tahun sebelumnya.

Beliau berkata Terengganu mencatat peningkatan pada Gred Purata Negeri kepada 4.90 dalam SPM 2013 daripada 5.01 pada 2012.

“Keputusan itu telah mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional 4.93 dan merupakan yang terbaik sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua bagi Dewan Undangan Negeri Kijal di sini hari ini.

Bagaimanapun, pencapaian A dalam semua mata pelajaran yang diambil pelajar negeri itu telah merosot kepada hanya lima pelajar berbanding 19 pelajar yang memperolehi semua A pada tahun 2012.

[Gambar] Insiden Kemalangan Yang Mengejutkan



Satu kejadian ngeri yang mengejutkan di China. Kejadian ini sudah berlaku pada 5 Februari lalu. Namun pihak polis China baru mendedahkan foto yang diambil dari rakaman CCTV semasa pasangan pertengahan umur dilanggar oleh sebuah kereta.

Mangsa yang bernama Hu Mou, dan isterinya. Mereka sedangh memandu sebuah kenderaan roda 3. Mereka dikatakan tidak mematuhi arahan lampu merah yang sedang menyala. ketika melintas menyebabkan sebuah kereta menghentam mereka.

Gambar yang dirakam kelihatan dahsyat, di mana keduanya melambung ke udara dan kenderaan mereka hancur hingga tidak berbentuk. Sementara kereta yang melanggar kelihatan rosak di di bahagian tepi. Hu Mou dan isterinya maut di tempat kejadian.

Gambar ini dikeluarkan sempena anjuran untuk keselamatan bersama dengan berkendaraan lalu lintas. Gambar tersebut mampu membuat ramai orang terkejut dan berfikir sejenak sendirian.

Sumber: dairishare

Friday 21 March 2014

Radar Tentera Thailand Juga Sahkan MH370 Buat Lencongan Ke Arah Barat



Jika data sebelum ini hanya bersandarkan sumber Malaysia, namun kini, kerajaan Thailand juga mengesahkan bahawa sebuah pesawat dipercayai MH370 melakukan pusingan di udara.
Menurut laporan CNN yang memetik sumber ketenteraan negara itu, radar tentera Thai menerima komunikasi dan laluan normal untuk sebuah Boeing 777-200 pada pukul 1.22 pagi, 8 Mac lalu sebelum ia hilang dari radar.

Enam minit selepas itu, radar yang sama mengesan sebuah pesawat dengan isyarat lain terbang ke arah bertentangan.

Kapal misteri itu dipercayai MH370 yang telah melakukan lencongan di udara.

Bukti radar ketenteraan Thailand adalah bukti kedua selepas radar kententeraan Malaysia mengesan tindak laku misteri yang sama di udara.

Menurut pegawai Thailand berkenaan, radar mereka konsisten dengan radar Malaysia apabila mengesan kapal berkenaan terbang melangkau Pulau Perak di Selat Melaka.

“Kapal yang tidak diketahui itu menghantar isyarat sekejap-sekejap, yakni sekejap on dan off, on dan off,” katanya.

Sumber:  mynewshub

Perompak Jadi Bahan Lawak Dalam Internet



LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam, setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.

Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.

Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.

Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.

Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.

Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.

Sumber: mynewshub

Rahsia Cara Untuk Menjimatkan Minyak Kereta Terbongkar Akhirnya...


Sumber: naimnikmat

Thursday 20 March 2014

Raja Bomoh Sedunia Teropong Lagi Di Perak



Di saat isu Bomoh VIP sedang hangat diperkatakan, nampaknya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin langsung tidak mempedulikan kata-kata rakyat Malaysia dan dilihat terus melakukan upacara “teropong”nya yang semakin popular seluruh dunia selepas Bomoh VIP ini muncul di KLIA beberapa kali kononnya untuk mengetahui di mana status pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini.
Isu ini menjadi semakin hangat apabila ada campurtangan menteri seperti Khairy Jamaluddin yang mengundang kemarahan Ibrahim Mat Zin yang ingin menampar Khairy Jamaluddin.
Berikut adalah gambar yang kami terima semasa Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan upacara yang tidak diketahui tujuannya di Teluk Intan, Perak.


GEMPAR: Kenapa Fariq Ucap Selamat Malam, Bukannya Selamat Pagi…Adakah Dia Tertekan?



“Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan “Baik” dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata “Baik” dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap “Baik” dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan “Baik” sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.
Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah “Selamat Malam”. Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu ‘pagi’ dan waktu ‘malam’, ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan “baik, selamat malam” yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalu lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Jika ditolak 1.30 – 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.
Daripada aspek bahasa “baik, selamat malam” yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.
Maksud saya ‘berjaya mengawal’ keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.

Nota : “Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat”. Wallahu’alam.
 
Sumber: mynewshub

Wednesday 19 March 2014

TERKINI: Imej Pesawat Di Lautan Didakwa MH370


Imej pesawat di lautan yang dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
 GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
MH370
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
Sumber: mimpi-senja

Bahasa Ko-Pilot Mendedahkan Dia Sedang Mengawal & Menyelamatkan MH370


 
"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.
Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.
Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.
Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.
Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.
Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.
Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.
Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.
Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.
Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?
Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.
Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.
Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!
Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.
Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.
Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!
Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.
Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.
Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.
Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.

Tuesday 18 March 2014

Bukti Bomoh 1 Malaysia penyokong kuat Pakatan Rakyat!


‎AKHIRNYA terbukti bahawa bomoh 1 Malaysia yang telah memalukan negara dengan aksi karpet terbang di dalam mencari pesawat #MH307 adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat. 

Foto kediaman beliau tersebar di internet sejak beberapa hari lalu selepas namanya mencetuskan kontroversi.

Lihat baik² ‎foto di atas, di rumah beliau terbina sebuah tugu besar nombor 1 berwarna biru dengan lambang 'dacing'.

Jelas bomoh ini adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Sumber: milosuam

AWAS! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas


Bila anda melihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 
 
Sumber:  sentiasapanas

Pesawat MH370 Kini Mungkin di Kazakhstan





SEPANG - Siasatan pihak berkuasa berhubung kehilangan pesawat MH370 pada hari kelapan semalam memasuki fasa baharu apabila kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu disahkan telah berpatah balik menuju sama ada ke Kazakhstan atau Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komunikasi terakhir yang diperoleh daripada pesawat itu ialah pada pukul 8.11 pagi 8 Mac lalu selepas data enjin dikesan hilang daripada radar pada pukul 1.07 pagi.

Katanya, berdasarkan kiraan itu, kapal terbang tersebut mampu terbang hingga ke dua tempat bergantung kepada arah yang diambil sama ada Kazakhstan atau Lautan Hindi.

"Siasatan lanjut juga mendapati Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dipadamkan sebelum pesawat tersebut tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Transponder pula dimatikan sebaik pesawat melintasi menara kawalan trafik yang terletak antara sempadan Vietnam dan Malaysia.

"Bermula dari saat itu, radar primari militari telah mengesan satu plot yang dipercayai MH370 telah berpatah balik.

"Ia kemudian menghala ke arah barat laut Semenanjung Malaysia dan ia selari dengan tindakan seseorang di dalam pesawat itu," katanya pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam. - Kosmo

Monday 17 March 2014

BONGKAR: Mengapa Kereta Proton Lebih Murah Di Luar Negara?




SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.

Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

 P/s: Sebenarnya Proton nak rakyat malaysia menanggung kerugian mereka diluar negara sana

Sumber: sinarharian

Sunday 16 March 2014

Kisah Wanita Diseksa Ketika Dalam Koma


Tidak semua orang berpengalaman merasai saat ketika koma. Apabila seseorang itu koma, maka boleh dikatakan ia seperti menunggu untuk menghadap Ilahi. Namun begitu, soal ajal dan maut hanyalah kententuan dari Allah SWT. KisahBest.My pada kali ini ingin berkongsi satu cerita yang dipercayai dari majalah Mastika tentang seorang wanita yang sering mendedahkan aurat. Dalam koma tersebut, dirinya telah diseksa sehingga tidak tertahan rasanya. Semoga cerita ini dijadikan iktibar untuk kita semua.

lubang
Sekadar gambar hiasan
Sebaik mencapai kunci motor, Rozita Rashid, 32,bergegas menuruni tangan rumahnya yang terletak di tingkat dua,sebuah apartmen di bandar tasik puteri,rawang selangor.”okey,ayie jom,kita pergi! ajak rozita kepada salah seorang angah saudaranya rozita naik ke atas motor kapcainya.enjin di hidupkan.kemudian , si ayie pula naik menbonceng di belakang rozita.
Sejurus masuk gear , minyak di pulas rozita  terus memecut motor.destinasinya,mahu singgah di sebuah kedai runcit tidak jauh dari kawsan rumahnya bagi membeli keperluan dapur .lima minit perjalanan ,rozita melalui sebuah jalan besar yang di kiri kanannya adalah butan belukar.

Tiba-tiba…..srreeetttttt dammmm!!! motosikal yang dinaiki rozita melambung ,tubuhnya terpenlanting di bahu jalan.

apa yang berlalu…???tubuh rozita langsung tidak bergerak-gerak setelah terhempas di atas jalan . dia tidak sedarkan diri..!!

Aku di mana.?? rozita tertanya-tanya sendirian. kawsan itu begitu asing ,suasana kelam,tapi berkabus . rozita dan belakang. ah ,langsung tiada arah hendak dituju , tiada kelibat manusia seorang pun! tiada sesiapa. aku di mana..?? cetus rozita lagi .kenapa tiada sesiapa disini.??mana suami aku.??mana anak-anak aku.??soalan itu bertubi-tubi menerjah kotak fikiran rozita.

Tiba-tiba dari sebelah kanan dan kiri rozita , nampak cahaya yang datang menuju ke arah nya . semakin cahaya itu mendekat ,semakin lebar jalurnya .dan kemudian , daripada cahaya itu ,muncul dua orang lelaki di sebelah kanan dan kiri rozita . di sebelah kanan,lelaki tua berjubah putih bersih . jangutnya jua putih ,panjang hingga keparas dada.wajah lelaki itu berseri-seri dan bercayaha .juga berbau wangi, semerbak harum kesturi. kemuadian ,rozita tercium bau yang busuk ,bagaikan bau bangkai haiwan .rozita menoleh ke sebelah kiri,arah bau itu datang.

Kelihatan seorang lelaki tua  ,juga berjubah tetapi compang camping . jubahnya amat  buruk ,kotor dan koyak rabak . Wajah lekaki itu juga kotor ,bagaikan terpilit tanah lumpur. Riak wajahnya nampak bengis dan menakutkan. rozita segera memalingkan muka ,tidak berani melihat wajah lelaki sebelah kirinya .rozita tertanya-tanya, siapakah gerangan kedua-dua lelaki yang berdiri  di sampingnya .dia tidak kenal  mereka .kenapa mereka ada di sini..?

Persekitaran yang tadinya berkabus mulai kelam .dihadapan rozita ,tiba-tiba muncul satau cahaya terpampang luas bagaikan sebuah skirn besar di dalam panggung. kemudian ,perlahan-lahan muncul satu tayangan .kelihatan sebuah fetus  di dalam rahim si ibu. Fetus itu kemudian membesar ,membentuk jalin manusia yang cukup sifat .selepas itu kelihatan ibu rozita dengan perut yang sarat.menanti hari untuk melahirkan. akukah didalam perut yang sarat itu..??soal rozita pada diri sendiri.

“Ya ,itu adalah kau..! tiba-tiba lelaki berjubah di sebelah kanan rozita  menjawap ,bagaikan mendengar soalan rozita .suaranya begitu kuat ,bergema di teliga. rozita terus memerhati skrin di hadapannya, tak ubah bagaikan menonton sebuah filem. Dari dalam perut ,rozita kemudian dilahirkan dia melalui alam kanak-kanak kemudian peringkat remaja segala liku perjalanan hidup rozita di tayangkan pada skrin itu.

“Itu adalah kau!” kata lelaki berjubah sebelah kanan rozita apabila terpampang seorang gadis sunti memakai skirt pendek paras paha dengan baju bertali halus tidak berlengan ,menampakkan alur dada yang mekar . kemudian ,satu persatu aksi pakaian rozita ditayangkan .bagaikan pentunjuk fesyen .ada yang berskirt pendek, seluar pendek, baju sentiasa tidak berlengan malah acapkali sekadar memaki tube sahaja seksi! memang seksi! fesyen  yang di gayakan rozita harus  menampakkan pahanya yang mulus dan alur dada yang mekar terpampang senyuman pada riak wajah rozita dalam tayangan itu tanda banggadengan kecantikan nya sebagai perempuan apabila ramai mata lelaki yang melirik tergoda dengan tubuhnya yang seksi “sungguh kau bangga penampilan begitu .

Tidakkah kau ingat akan perintah-NYA.??tanya lelaki berjubah putih di sebelah kanan rozita lagi. belum sempat rozita menjawap ,lelaki compang-camping di sebelah kirinya pula bersuara ::kau tak perlu takut .kan lebih baik begitu .kau juga gembira dengan penampilan itu kan .semua mata memandang dan terus memuji. Seharusnya kau terus begitu .barulah semua orang tak berkelip apabila melihat kau!”

“kau suka begitu..?? tidakkah kau ingat balasan ALLAH..??”tempik lelaki di sebelah kanan pulak mengingatkan. Tapi lelaki di sebelah kiri terus mencelah : “ah kau persetankan semua itu .Yang penting ,kau puas dan gembira dengan apa yang kau lakukan!” rozita bertambah runsing apabila mendengar kedua-dua lelaki di sampingnya bertelagah.

“aku tak mahu dengar !”pekik rozita sambil menekup kedua-dua belah teliganya

Rozita memejam mata nya .tak sanggup dia melihat tayangan di hadapannya itu ya! rozita akui gadis itu adalah dirinya sendiri.

“Cuba kau lihat lagi!”rozita kembali membuka mata setelah mendengar arahan lelakiberjubah di sebelah kanannya pada skrin itu kelihatan suami yang di kasihinya merayu-rayu.

Berubahla ita tutup aurat .abang malu merdosa!” nasihat suaminya dalam tayangan itu  ,tetapi rozita buat-buat tak penduli .

Kemudian muncul ketiga-tiga anak yang disayanginya .anak-anaknya jugak merayu:”mama ,pakailah tudung .malulah kawan-kawan adik tengok mama macam ni”.

Tapi rozita buat-buat takendah juga dengan rayuan anak-anaknya. selepas itu ,muncul pula seorang wanita tua .rozita kenal dengan wanita itu ,dia salah seorang jiran di kawasan tempat tinggalnya. Sama seperti suami dan anak-anaknya,wanita itu menasihatinya :”nak ,janganlah pakai seksi macam ni . Tak elok orang pandang. Lagi pun anak dah bergelar isteri dan ibu ,tak sesuai pakai macam ni!”

Tapi ,bukan ucapan terima kasih yang diberi rozita ,sebaliknya dia melenting memarahi wanita tua itu semula .
“makcik tak payah sibuk pasai saya .kubur kita lain .kubur saya ,biar saya yang jaga!” rozita terkedu apabila melihat semula adegan dalam tayangan di skrin itu .terbit rasa bersalah dan insaf dalam dirinya .hatinya mula sebak,titisan jernih mulai mengalir di pipinya .

“kenapa kau harus sedih..?? kan bagus macam tu .pedulikan apa mereka nak kata .yang  penting kau selesa dengan apa yang kau pakai .bukan mereka yang beri duit untuk kau beli pakaian!” lelaki compang-camping di sebelah kiri rozita tiba-tiba bersuara .

lantas lelaki di sebelah kanan pula berkata :”kau masih ingin terus begitu.?kalau terus begitu kami tidak akan beri kau peluang  lagi .cukuplah sampai di sini .tak perlu kau kembali ke dunia lagi tiada keampunan untuk wanita seperti kau!”

tidakkk !tidakkk !…tolongggg !aku mahu berubah .tolong beri aku satu peluang terakhir .aku masih sayangkan suami dan anak-anak aku .aku berjanji ,aku akan berubah ,”rayu rozita dalam esak tangisnya pada lelaki berjubah putih sebelah kanannya.

“buat apa kau dengar kata-katanya .kau akan terikat dengan segala syarat .itu tak boleh ,ini tak boleh ,kau tidak akan bebas ,”hasut lelaki berbaju compang camping di sebelah kiri pula.

“diam !aku tak mahu dengar kata-kata kau lagi !”jerit rozita pada lelaki compang camping itu .

rozita segera terbayangkan wajah suaminya ,terkenang anak-anaknya yang sedang membesar .tidak sangup rozita meninggalkan mereka .

“ya! aku yang bersalah .aku lupa pada larangan-MU ya ALLAH tubuhku didedahkan untuk tontonan umum.aku juga tidak kenalsejadah .tidak pernah sujud kepada-NYA .sering kali suami mengajaka untuk menjadi imamku tidak endahkan perintahNYA ,”kata rozita terus menangis.

tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat ,bagai halilintarrozita terkejut .tayangan gambar di hadapan nya gelap seketika .kemudian ,muncul pula FILEM lain dan kali ini pelakonnya adalah diri rozita sendiri . dalam tayangan itu ,kelihatan rozita berasa di sebuah kawasan yang dikelilingi api .tayangan itu turut disertakan dengan bunyi yang menakutkan.

antara nya bunyi api yang mengganas sedang terbakar dan juga bunyi air yang mendidih .ia turut disertai bunyi lolongan dan jeritan manusia ,seolah-olah seperti mereka sedang di seksa. rozita nampak dirinya sedang terbaring dalam tayangan itu ,kemudian ,datang seorang lelaki bertubuh besar dan berwajah bengis .

Lantas dia mencekak rambut rozita lalu mengheret tubuh kearah sebuah kolam kecik .rozita menjerit-jerit minta dilepaskan .rasa hendak tercabut kepalanya apabila di tarik dengan ganas sedemikian rupa . tetapi lelaki itu tidak penduli .dia kemudian mencampakkan tubuh rozita di tepi kolam panas itu .rozita ketakutan ,apatah lagi melihat asap berkepul-kepul naik daripada air kolam yang sedang mendidih itu, lelaki bengis itu kemudian mencapai timba besar di tepi kolam itu .lantas dia mencedok air yang mendidih itu dan……

Arghhhhhh!!!!rozita menjerit .panassss!!!panassss!!! aduhhhhh!!! rozita mengelupur kesakitan apabila lelaki  itu menyiramkan tubuhnya dengan air mendidih tadi bagaikan di simbah asid, tubuh rozita pelahan-lahan MENCAIR seperti coklat .beberapa minit kemudian , tubuh rozita  ‘tumbuh’ dan bercantun semula.

Sekali lagi lelaki bengis itu mencendok lalu menyiramkan air panas menggelegak itu  ke tubuhnya .rozita menjerit-jerit  lagi menahan  kesakitan . tetapi jeritanya tidak di pedulikan .pelahan-lahan jeritan rozita tenggelam apabila tubuhnya ‘hancur’ dimamah air panas  mendidih itu .begitulah seterusnya ,berulang-ulang kali adegan itu disaksikan rozita berterusan tanpa penhujung.

Menyaksikan rentetan dirinya diseksa bagaikan dialam neraka itu ,tubuh rozita menggigil ketakutan .air mata rozita tak henti-henti mengalir ,lututnya terasa longlai hingga rozita terjelepuk bersimpuh  ,tidak mampu lagi berdiri.

“Cukuppppp!cukupppp! aku tak mahu tengok lagi tak mahuuhhh!” jeritrozita sambil menutup mukanya.inilah kali pertama rozita melihat tayangan yang amat mengerikan tidak sangup dia menonton seksaan neraka itu ,apatah lagi pelakonnya adalah dirinya sendiri.

“Itu hanya sedikit seksaan atas dosa yang kau lakukan .bukankah kau bermegah dengan dengan tubuh mu ..? itulah yang akan kau terima di sana nanti ,”ucap lelaki berjubah putih itu .

“Tidakkkk! aku merayu ,dengan nama ALLAH aku berjanji akan berubah .aku sedar selama ini aku telah jauh tersasar .tolonglah ,”rozita terus merayu dalam tangisannya .

“Berubahlah apabila kau telah di beri peluang .sujudlah kepada-NYA apabila kau masih diberi peluang kesempatan .sesungguhnya tiada lagi peluang kedua selepas ini!”

Sebaik lelaki berjubah itu bersuara ,tiba-tiba datang satu kilauan cahaya bagaikan kilat .tubuh rozita di petir ,mata rozita terpejam semula….

Akhirnya rozita kembali kedunia dan bertaubat serta sujud kepada nya…alhamdulilah la..rozita telah sedar perbuatan nya…sekarang rozita seorang pengamal perubatan islam merawat pesakit yang datang meminta pertolongannya…

Sumber: Angahshark

9 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya



Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, misalnya:
  1. * Takut bertentang mata apabila bercakap
  2. * Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
  3. * Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
  4. * Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
  5. * Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
  6. * Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
  7. * Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
  8. * Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
  9. * Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.
Sumber: blogbisu

4 Tanda Hidup Tak Berkat



Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah Ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Sumber: blogbisu

Video Dan Penerangan Penuh Kapten Norudin Abdul Majid Bongkar Misteri Malaysia MH370 Hilang! MH370 (100%) Telah Hilang!



Kapten Norudin Abdul Majid

Video Kapten Norudin Abdul Majid Bongkar Misteri Malaysia MH307 Hilang: Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pakar (TERMASUK DI SINI) daripada pelbagai bidang untuk ditemu bual bagi membincangkan bersama hasil pengalaman dan analisa mereka ini melibatkan tragedi pesawat MAS MH370 terkini. Tetapi Berita Semasa lebih tertarik dengan figura yang seorang ini, Kapten Norudin Abdul Majid namanya.

Bukan calang-calang orang. Kapten Norudin Abdul Majid merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS (Malaysia Airlines). Apabila ditanyakan pendapat Kapten Norudin Abdul Majid apakah yang berlaku ke atas Malaysia MH307 Hilang, Kapten Norudin Abdul Majid dengan penuh yakin berkata:

“HILANG! Benar-benar hilang!”

Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, Kapten Norudin Abdul Majid memberikan respon seperti di bawah ini :
“Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..  Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain. Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)”…tambahnya.

Kapten Norudin Abdul Majid : Antara Butiran Temubual Buletin Utama TV3

  • Host: “Tapi, apa bacaan Kapten Norudin Abdul Majid daripada titik akhir (radar pesawat MH370 MAS Boeing 777 MH370) itu?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid: “Hilang!”
  • Host: “Kemana?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA”
  • Host: “Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui? Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
  • Host: “Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?”
  • Kapten Norudin Abdul Majid : “DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU”

Sebab MH370 Hilang

Ya, sekilas Kapten Noruddin Abdul Majid mengajak kita semua umat Islam balik dan berpaksi kepada kebesaran Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Suatu ketentuan, suatu yang ajaib yg kita semua kena terima. Terbukti sekarang segala daya upaya manusia yang dianggap serba pandai, bijaksana, pengembelingan tenaga daripada semua bangsa dan agama dan dengan kecanggihan alat-alat teknologi yang super power/energy, masih belum berjaya mengungkap misteri yang terjadi. Manusia menjadi buntu tidak dapat mencari jawapan.

Kapten Noruddin Abdul Majid mengusulkan agar kita semua umat Islam, kembali kita beriman kepadaNya, kita memohon doa kepada Allah (kerana di situlah kuncinya), doa daripada orang-orang yg soleh dan juga daripada kaum keluarga khususnya, buat solat taubat dn hajat dan kita merayu kepada Allah s.w.t. InsyaAllah Malaysia MH307 Hilang hilang akan ditemui.

Berita Semasa amat bersetuju dengan pendapat Kapten Noruddin Abdul Majid kerana ikhtiar dan kebijaksanaan manusia amat terhad. Inilah hikmahnya yang manusia harus sadari bahawa kita semua lemah, tidak berdaya dn pada akhirnya kita tetap akan berharap kepada Dia.

Video Kapten Norudin Abdul Majid di Buletin Utama TV3

 
 
P/S : Kapten Noruddin Abdul Majid ini luas pengalamannya berada lama duduk di kapal, apa yang Kapten Noruddin Abdul Majid nampak , apa dia tahu di langit biru itu tidak semua orang akan tahu. Kapten Noruddin Abdul Majid bercakap berdasarkan ilmu, iman dan pengalamannya untuk renungan kita bersama.

Sumber:  beritasemasa

Pesanan Ibu Imam Syafie Yang Menyentuh Kalbu ...



pesananibuimamsyafie

Imam Syafie terus mendapat pujian. Orang ramai memperkatakan mengenai kehebatannya. Tambahan pula apabila Imam Muslim al-Zanji ,Gabenor Kota Mekah. Imam Ismail Kunstantani, pakar dalam ilmu Quran dan hadis turut memujinya . Oleh itu, nama Imam Syafie semakin dikenali ramai. Apabila dia datang ke Masjid Haram, orang ramai mengerumuninya bagi bertanya masalah agama. Apabila dia membaca Quran , ramai yang kagum dengan kemerduan suaranya.

"Wahai Imam Syafie, berikanlah nasihat kepada kami. Semoga kami insaf serta bertambah insaf serta bertambah keimaman kami,"pinta seorang lelaki yang sudah berumur. 

Imam Syafie tidak menghampakan permintaan lelaki itu. Dia naik ke atas mimbar lalu berkata dengan suara yang lantang tetapi sedap didengar kerana kefasihan lidahnya.


"Wahai kaum muslimin sekalian. Sesungguhnya tidak ada yang lebih menguntungkan selain daripada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih berguna selain daripada akal.Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut. "


"Apakah awak yakin dengan ucapannya itu,"tanya kassim seorang pemuda kepada kawan di sebelahnya. 

"Imam Syafie mengamalkan apa yang dikatakannya. ketika orang lain sibuk mengumpulkan harta, dia memenuhi dadanya dengan ilmu. Adap sopannya tetap dijaga walaupun dia disukai orang ramai. Dia juga bersifat pemurah,"jawab Abdul Muluk yang lebih mengenali Imam Syafie berbanding kawannya. 

"Apakah benar dia seorang yang pemurah? Bolehkah kita buktikan?Kassim seolah-olah mahu mengujinya. Mereka bersetuju menguji Imam Syafie bagi membuktikan beliau seorang yang pemurah. 

Selepas menyampaikan ucapannya, Abdul Muluk bertemu dengan Imam Syafie lalu berkata,"Wahai Imam Syafie , saya hadiahkan kepada tuan 100 dirham. Gunakanlah untuk faedah tuan."
Abdul Muluk lalu menyerahkan wang sebanyak 100 dirham kepada Imam Syafie . Beliau mengambil pemberian itu lalu dimasukkan ke dalam poketnya. 

Tidak lama kemudian datang pula kassim dengan wajah seperti orang dalam kesusahan lalu berkata,"Wahai tuan saya memerlukan 100 dirham . Sudikah tuan membantu saya?" 

Tanpa banyak bicara , Imam Syfie menyeluk sakunya lalu mengeluarkan 100 dirham yang baru diterimanya daripada Abdul Muluk lalu diserahkan kepada Kassim. "Saya tidak memerlukan duit ini. Ambillah..." 

Kassim cepat beredar dari situ bertemu dengan Abdul Muluk . Kemudian dia pun berkata,"Benarlah Imam Syafie itu seorang yang pemurah. Walaupun , dia tidak mengenali saya tetapi dia tidak bertanya lebih lanjut lalu menyerahkan wang yang awak berikan itu kepada saya." 

Sekarang barulah Kassim yakin, Imam Syafie itu seorang yang pemurah . Dia selalu memuji kemurahan hati Imam Syafie di hadapan orang ramai. Peristiwa itu membuat nama Imam Syafie menjadi semakin terkenal serta disayangi orang ramai. 

"Wahai Imam Syafie, tuan memiliki bakat yang besar sebagai penyair. Kehebatan tuan melebihi saya. Kerana itu rugi sekiranya bakat tuan itu disia-siakan,"kata  Mus'ab sambil memujuk Imam Syafie supaya kembali mengarang serta mendeklamasikan puisi. 

"Wahai guruku Mus'ab, sesungguhnya minat saya lebih besar kepada ilmu agama. Saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada sastera,"kata Imam Syafie pula. 

"Memadai sekiranya tuan memberikan sokongan kepada kami golongan penyair. Sesekali dampingi kami dan hadiri majlis deklamasi puisi,"pinta Mus'ab.

Imam Syafie menyatakan persetujuannya. 

Tidak lama kemudian, pertandingan membaca syair diadakan di pasar Ikhhaz. Ramai kawan-kawannya mendesak Imam Syafie memasuki pertandingan itu. Kerana tidak mahu menghampakan permintaan mereka, akhirnya Imam syafie bersetuju memasukinya. 

Dia membaca sebuah syair Kabilah Huzail yang panjang. Tetapi Imam  Syafie dapat menghafalnya tanpa sepatah perkataan pun yang tertinggal. Akhirnya dia muncul sebagi juara dengan mengalahkan gurunya, Mus'ab. Imam Syafie diberikan hadiah berupa wang dan pakaian yang mahal. Tetapi semua hadiah itu diberikan kepada kawan-kawannya yang memerlukannya. 

"Saya masuk pertandingan ini bukan hendak merebut hadiah, bahkan sekadar memenuhi permintaan kamu,"kata Imam Syafie. 
Kerana kehebatannya, beliau menjadi tempat rujukan penyair yang mahu mengkaji puisi Arab terutama puisi kabilah Huzail. Namun, minat Imam Syafie lebih kepada mempelajari ilmu agama. 

Pagi itu, Ummu Habibah al-Uzdiyyah mengemaskan rumah. Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafie dan didapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang,kulit kayu, dan kertas lusuh Dia berasa tidak senang hari melihatnya. 

"Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Lebih kamu bersihkan bilik itu dan bakar sahaja semua timbunan tulang, kulit kayu, dan kertas lusuh itu,"kata Ummu habibah.

"Itu bukan sampah sarap ,tetapi ilmu yang saya pelajari. Saya tuliskan pada tulang,kulit kayu dan kertas lusuh kerana tidak mampu membeli buku catatan,"kata Imam Syafie pula. 

"Ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya disimpan dalam ingatan, bukannya di dalam bilik tidur,"kata Ummu Habibah. 

"Mulai hari ini semua yang saya pelajari akan disimpan di dalam kepala,"janji Imam Syafie.

Kata-kata ibunya itu menginsafkan Imam Syafie . Dia pun menghafal semua catatan itu satu persatu hingga semuanya habis dihafal. Kemudian barilah dia membakarnya satu persatu hingga habis kesemuanya. Sejak itu dia tidak lagi mencatatkan ilmu yang dipelajarinya tetapi terus menghafalnya untuk disimpan dalam ingatannya. Dia dapat melakukannya kerana dikurniakan daya ingatan yang luar biasa. Semua yang diajar gurunya dapat diingatinya satu demi satu tanpa ada satu pun yang tertinggal. 

Petikan : 

Buku"Imam-Imam Yang Benar" 
Halaman 372-374

Sumber: mselim3.blogspot.com

Arkib Blog