Selama ini mungkin kita hanya mengetahui
bahawa Rasulullah atau Islam identik dengan warna hijau. Namun, selain
hijau apakah terdapat warna-warna lain kesukaan Rasulullah Muhammad saw?
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”
Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga
keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna
hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : ” Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar
mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau
kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal
daripada warna lainnya, sesudah putih.”
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a
yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang
dipakainya pada hari raya…”
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir
r.a katanya : “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah
pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas
r.a. dia berkata : “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut
sehelai kain yang berwarna kelabu.”
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari
Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan
kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment