Jika data sebelum ini hanya bersandarkan sumber Malaysia, namun kini,
kerajaan Thailand juga mengesahkan bahawa sebuah pesawat dipercayai MH370 melakukan pusingan di udara.
Menurut laporan CNN yang memetik sumber ketenteraan negara itu, radar
tentera Thai menerima komunikasi dan laluan normal untuk sebuah Boeing
777-200 pada pukul 1.22 pagi, 8 Mac lalu sebelum ia hilang dari radar.
Enam minit selepas itu, radar yang sama mengesan sebuah pesawat dengan isyarat lain terbang ke arah bertentangan.
Kapal misteri itu dipercayai MH370 yang telah melakukan lencongan di udara.
Bukti radar ketenteraan Thailand adalah bukti kedua selepas radar
kententeraan Malaysia mengesan tindak laku misteri yang sama di udara.
Menurut pegawai Thailand berkenaan, radar mereka konsisten dengan
radar Malaysia apabila mengesan kapal berkenaan terbang melangkau Pulau
Perak di Selat Melaka.
“Kapal yang tidak diketahui itu menghantar isyarat sekejap-sekejap, yakni sekejap on dan off, on dan off,” katanya.
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment