LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam,
setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan
Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank
menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.
Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada
kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.
Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan
teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada
ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.
Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.
Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan
jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.
Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment